RSS Suria

Minum air pun rasa pahit! Isteri tergamam suami suruh kurus ketika nak makan, katanya kawan tegur ingat hamil lagi

BAGI pasangan suami isteri, meluangkan masa untuk makan bersama adalah antara momen paling berharga.

Selain menikmati keenakan juadah, masing-masing boleh berkongsi cerita, bertukar idea dan pendapat dengan tenang di meja makan.

Namun seorang isteri tidak menyangka suaminya boleh bersikap ‘kejam’ dengan menyentuh topik berat badan yang dianggap cukup sensitif bagi setiap wanita.

Rakan-rakan lelaki meluangkan masa di kedai makan. -Gambar hiasan

“Tengah suap anak makan, tiba-tiba suami cakap… sayang kena kurus sikit, kawan B tanya hari tu, bila due bini kau? B cakap bini aku tak mengandunglah.

Lepas tu dia cakap la ingat mengandung. Hari tu jumpa kat taman nampak macam mengandung. Aku diam je, hilang selera nak makan. Minum air pun rasa pahit je,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami larang ‘order’ air kosong, malu isteri hidap kencing manis… Balik rumah kena pukul jika ingkar

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai licin mulus kulit dia” – Suami pelik isteri makin kerap bercukur, pasang badan ke pejabat… Mesej di ‘smart watch’ bongkar segalanya!

Masih tergamam dengan apa yang diceritakan suami, wanita itu mengakui mula hilang keyakinan terhadap diri sendiri.

“Rasa macam tak nak keluar rumah dah lepas ni,” ujarnya.

Boleh tak nak tegur apa-apa tu jangan masa makan… spoil nak telan makanan.

WARGA MAYA

Lebih mengejutkan, kata wanita itu sebelum ini suaminya tidak pernah bercerita tentang perkara-perkara sensitif ketika menjamah makanan.

“Dia tak pernah cakap benda sensitif masa makan. Mungkin sebab dia tengah tak sihat, itu yang main cakap je apabila teringat,” katanya lagi.

Aneka juadah yang menyelerakan. -Gambar hiasan

Namun mengenangkan bulan Ramadan yang semakin hampir dan diikuti pula Syawal menandakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dia cuba berfikiran positif.

“Tolong kongsilah tip macam mana nak kurus sebelum raya. Buat masa ni aku main stepper (alat bersenam).

“Tapi sebab sakit lutut, aku buat setakat yang mampu je. Yang manis-manis pun aku dah kurangkan,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap tindakan si suami wanita berkenaan bercerita tentang isu sensitif seperti berat badan adalah tidak wajar terutama sekali ketika waktu makan.

Pada masa sama, ada yang turut berkongsi nasihat dan tip kepada wanita itu untuk menurunkan berat badan secara ideal.

“Boleh tak nak tegur apa-apa tu jangan masa makan. Spoil nak telan makanan.

“Apa yang suami cakap tu, okay dah sebab dia tak hina. Tapi masalahnya, kenapa cakap masa tengah makan? Aku pantang betul kalau orang bincang bab sensitif depan rezeki ni,” komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top