RSS Suria

Kurang ajar siap hentak kaki! Wanita hilang sabar hadap perangai adik ipar, tak sedar diri menumpang… Nak dilayan bak ‘princess’

MENJADI impian pasangan suami isteri untuk mempunyai hubungan yang harmoni bersama keluarga mentua serta ipar duai.

Namun, hubungan kekeluargaan itu boleh menjadi retak apabila ada antara mereka yang bersikap pentingkan diri.

Begitulah situasi dialami seorang wanita yang sebelum ini mempunyai hubungan akrab dengan keluarga mentua namun akhir bertukar menjadi dingin.

Ia gara-gara adik perempuan suaminya yang tinggal bersama mereka sekeluarga.

Orang ketiga boleh mengundang masalah kepada pasangan suami isteri. - Gambar hiasan

Orang ketiga boleh mengundang masalah kepada pasangan suami isteri. – Gambar hiasan

“Anak dara ni jenis pemalas, pengotor yang sangat teruk. Dua bulan saya masih layan dia dengan baik, makan minum disediakan.

“Saya masak, mengemas hingga hidang atas meja. Dia tinggal makan saja. Bilik tidur dia pun saya kemas sebab tak tahan tengok macam tongkang pecah,” luahnya.

Tambah wanita berkenaan, masuk bulan ketiga dia tidak lagi melayan adik iparnya itu memandangkan gadis tersebut suka melawannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Busuknya hati adik ipar! ‘Ajar’ abang suruh isteri bayar separuh komitmen bulanan, hasut jangan tanggung semua ‘loan’

ARTIKEL BERKAITAN: Stres mentua, adik ipar pemalas tinggal serumah… Belanja bulanan naik mencanak – “Dia kumpul ‘pad’ dah guna di tandas”

“Apabila dinasihat dia menjawab… kurang ajar, tak hormat orang dan hentak kaki. Dah cakap banyak kali bangun awal tolong saya masak dan kemas.

“Dah tu suka masuk bilik tidur saya ikut suka dia, tak ketuk pintu, saya tengah berkemban ke tengah susukan anak ke dia main buka ja,” katanya meluahkan perasaan.

Jelas wanita itu, disebabkan adik iparnya jugalah dia dan suami kerap bergaduh.

Malah wanite tersebut memberi kata dua kepada si suami sama ada menghalau gadis itu keluar atau dia sendiri meninggalkan rumah mereka.

Maknya sendiri dah cukup semak dengan perangai anaknya… sebab tu hantar duduk dengan kami.

MENANTU

“Kalau sejak awal saya tahu perangai macam tu, memang tak akan setuju dia duduk dengan kami.

“Sumpah huru hara rumah tangga. Setiap pagi ribut taufan, tak berubah perangai. Saya hanya nak kedamaian. Jangan tunggu kami bercerai berai baru nak sedar,” katanya.

Wanita itu memaklumkan jika dulu setiap hari dia akan membuat panggilan video bersama mentua, kini untuk bermesej juga makin jarang.

“Apabila datang rumah pun dah tak berapa nak bersembang. Dia macam sentap dan tak puas hati. Selalu disalahkan kami laki bini sebab tak sabar.

maid

Adat menumpang, kerja-kerja rumah seharusnya dilakukan bersama.

“Saya cakap dengan mentua bab pemalasnya tu boleh diterima lagi… tetapi suka membangkang tu yang saya tak tahan dan juga tiada adab. Banyak kali saya nak tinggalkan suami sebab adik dia,” katanya.

Ditanya warga maya kenapa adik iparnya duduk bersama, wanita itu memaklumkan ibu mentuannya mahu mereka mengubah perangai gadis berusia 25 tahun berkenaan.

“Maknya sendiri dah cukup semak dengan perangai anaknya. Tu hantar duduk dengan kami.

“Dia sendiri cakap ibarat rebung dah jadi buluh, memang tak boleh bentuk. Kalau dia sendiri cakap macam tu kenapa dihantar juga duduk dengan kami?,” katanya yang hairan dengan sikap mentuannya.

Scroll to Top