RSS Suria

Anak nak kahwin, semua perkara kena ikut kehendak mak ayah! Paling stres tarikh nikah pun nak ditukar

MENDIRIKAN rumah tangga sepatutnya menjadi detik yang penuh bahagia dan bermakna buat setiap pasangan yang bakal disatukan sebagai suami isteri.

Namun, bagi seorang bakal pengantin, impian untuk melangkah ke alam perkahwinan semakin terasa sukar gara-gara pelbagai halangan yang timbul.

Menerusi luahan dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan yang bakal bernikah pada hari raya kedua atau ketiga tahun ini berasa terlalu terbeban dengan perubahan keputusan yang dibuat ibu bapanya.

Seorang wanita bimbang sekiranya bakal suami mula tawar hati. -Gambar hiasan

“Saya sebenarnya dah rasa putus asa sangat. Rasa macam tak nak kahwin pun ada dah. Banyak sangat benda yang perlu diikut.

“Dari mas kahwin sampai ke hantaran yang berubah-ubah daripada pihak keluarga,” katanya yang kecewa memikirkan situasi perlu dihadapi ketika ini.

Membuat hantaran di grup Tips Persiapan Kahwin, Facebook, wanita ini berkata dia memahami setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat pendedahan mengejutkan tetamu! Anak lelaki tak jadi kahwin, pasangan batal nikah saat akhir… Majlis resepsi bertukar doa selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak jadi nikah, ubah fikiran lepas bakal suami ajak tinggal serumah dengan ibu… Suruh faham status anak bongsu

Namun, apa yang membuatkan dia berasa tertekan adalah setiap cadangan dan pendapatnya seolah-olah tidak diambil kira.

Tambahnya lagi, tarikh pernikahan yang dipilih oleh dia dan bakal suami bukanlah sembarangan sebaliknya dipilih kerana waktu tersebut dirasakan paling sesuai untuk mengadakan majlis bagi kedua-dua belah pihak.

“Saya bakal bergelar guru dan ada praktikum, manakala bakal suami pula seorang anggota beruniform. Jadi memang agak sukar untuk kami mencari tarikh yang sesuai.

“Tarikh saya pilih tu memang dah ‘cantik’. Kebetulan raya kedua atau ketiga adalah waktu terbaik kerana kedua-dua keluarga free, sebab tu kami pilih tarikh itu,” jelasnya lagi.

Memang agak sukar untuk kami mencari tarikh yang sesuai.

PENGADU

Namun, perubahan yang kerap berlaku dalam perancangan majlis ini disebabkan ibu bapanya membuatkan dirinya semakin tertekan.

Malah menurut pengadu, dia berasa bimbang jika bakal suami mula tawar hati dengan segala masalah yang timbul.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati serta memberi cadangan atau nasihat.

Komen netizen di Facebook.

“Saya rasa tarikh itu sesuai je. Namun, jika diadakan pada hujung minggu selepas Hari Raya, ia mungkin merupakan tarikh hot (popular).

“Jika sudah pasti mahu melangsungkan majlis pada Hari Raya kedua atau ketiga, sebaiknya rujuk dahulu dengan pejabat agama sebab mungkin tok kadi masih sibuk beraya.

“Kepada pengadu, jangan terlalu tertekan. Berbincanglah dengan ibu bapa secara perlahan-lahan kerana terdapat pelbagai kekangan masa dan perlu tegas sikit. Semoga urusan awak dipermudahkan,” antara komen netizen.

Scroll to Top