SELEPAS terselamat daripada disingkirkan minggu lalu, penyanyi Fairuz Selamat diumumkan sebagai peserta tersingkir pada peringkat suku akhir Gegar Vaganza ke-11 (GV11) pada malam Ahad.
Nyanyian Fairuz atau Mohammad Fairuz Selamat, 40, menerusi lagu Hang Pi Mana (Khalifah) dan Yang Penting Hepi nyanyian Jamal Mirdad gagal menambat hati juri profesional.
Juri Datuk Syafinaz Selamat berkata, Fairuz perlu lebih berhati-hati dalam menjaga tempo ketika menyanyi dua buah lagu berbeza genre itu.
Zehra buat pertama kali menjadi juara mingguan GV11.
“Saya faham apa yang awak cuba lakukan untuk persembahan minggu ini.
“Awak kena jaga tempo dan apabila awak menukar cara nyanyian, awak kena betul-betul berhati-hati dengan not yang sesuai.
“Tapi secara keseluruhan saya tahu awak sudah cuba buat sesuatu berbeza, pada saya persembahan ini kalau diberi lebih masa awak mampu buat dengan lebih baik,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali terselamat, Fairuz Selamat anggap rezeki terus bersaing di GV11… Tak mahu tinggal legasi buruk
ARTIKEL BERKAITAN: Fairuz Selamat bertahan, 8 peserta mara ke suku akhir GV11
Bertemakan Rockdut di minggu suku akhir, penyanyi Zehra Zambri berjaya mencatat markah tertinggi sekali gus menjadi juara mingguan.
Manakala Liza Aziz di tempat kedua dan The Lima di kedudukan ketiga.
Empat lagi peserta yang layak ke separuh akhir adalah Ning Baizura, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein dan Shiela Abdul.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!