RSS Suria

Kecoh ‘ustaz’ didakwa lakukan gangguan seksual terhadap wanita berniqab, hantar 11 video lucah

GANGGUAN seksual boleh dilakukan sesiapa sahaja, tanpa mengenal latar belakang, pangkat atau profesion seseorang.

Terbaharu, kecoh di media sosial tentang seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu dipercayai berstatus ustaz.

Pendedahan tersebut dimuat naik oleh penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice, menerusi laman Instagram miliknya, malam Ahad.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli menerusi hantaran tersebut mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang lelaki yang meminta bantuan, mendakwa isterinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang ‘ustaz’.

“Salam bro, minta tolong. Isteri saya kena gangguan seksual seorang lelaki yang dianggap ustaz. Isteri saya seorang niqabis (wanita berniqab) yang menjual niqab secara live di TikTok.

Live description dah mention awal-awal ajnabi (bukan mahram) dilarang masuk. Tetapi lelaki itu DM (mesej) isteri saya di TikTok. Nombor WhatsApp ada dekat bio TikTok dan Facebook.

cap new 2

Lelaki ini yang menggunakan gelaran ustaz didakwa merupakan individu sama melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita berniqab.

“Dia hantar gambar dia sedang beronani sambil zikir (sebut) nama isteri saya, sambil melihat video isteri saya tengah live menjual niqab,” demikian mesej yang ditulis oleh individu berkenaan, sebagaimana perkongsian di Instagram Caprice.

Menerusi mesejnya kepada Caprice, individu berkenaan mendakwa ‘ustaz’ tersebut telah menghantar 11 video tidak senonoh kepada isterinya menerusi pelbagai platform.

ARTIKEL BERKAITAN: Songkok sorok tanduk! Pelajar dakwa digagalkan subjek sebab enggan layan ‘ustaz’ gatal, order jagung rebus manis minta pegang tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis – “Kali ini kita bijak sikit”

“Bukan satu video bro. Dua video dekat WhatsApp, enam video dekat Facebook dan tiga video dekat TikTok.

Trace punya trace, rupanya dia ni seorang ustaz. Dan isteri saya bukan orang pertama jadi mangsa dia. Dia attack semua niqabis,” tulis individu berkenaan lagi.

Sebagai bukti, individu berkenaan turut berkongsi video yang diterima isterinya kepada Caprice, memaparkan perlakuan tidak senonoh ustaz berkenaan.

Menjijikkan… penunggang agama. Guna title ustaz untuk berzina. Bila kantoi, kata ‘fitnah akhir zaman untuk agamawan’.

NETIZEN

Sementara itu, Caprice yang sinonim dengan kelantangannya mengulas isu semasa dan keberaniannya dalam membuat sesuatu pendedahan, memberi jaminan untuk membawa kes tersebut kepada pihak berkuasa.

“Kes baru… kita jumpa nombor yang dia (pelaku) guna untuk hantar video adalah nombor sama dekat poster umrah dia. Same number. Same face. Insya-Allah mangsa dan keluarga mangsa dapat keadilan,” tulisnya sambal membuat pautan kepada @pdrmsia_official.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya tampil mengecam pelaku gangguan seksual dan menyifatkannya sebagai penunggang agama.

cap 3

Mesej yang diterima Caprice daripada seorang individu yang mendakwa isterinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang ‘ustaz’.

Malah mereka turut memberi pujian dan sokongan kepada Caprice agar mengheret pelaku tersebut ke muka pengadilan.

“Menjijikkan… penunggang agama. Guna title Ustaz untuk berzina. Bila kantoi, kata ‘fitnah akhir zaman untuk agamawan’.

“Penunggang agama di mana-mana. Hati-hati kalian.

“Saya sokong Cap dalam misi ni. Munafik dan penunggang agama memang banyak.

“Rasa macam nak ludah muka dia,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top