RSS Suria

Fatima merajuk katanya dah tak sayang Fattah… Reaksi Fazura tegur anak raih perhatian netizen

REAKSI spontan anak kepada pelakon Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila memberitahu sudah tidak menyayangi bapanya itu.

Menerusi sebuah rakaman video sesi siaran langsung yang dibuat oleh Fazura, aktres itu dilihat bersama Fatima atau Nur Fatima Aisya sedang mempromosikan produk jualan miliknya.

Bagaimanapun, seorang pengikut bertanyakan mengapa Fatima menangis sebelum itu dan kanak-kanak berusia lima tahun itu memberikan jawapan yang mengejutkan ramai.

“Saya tidak mahu daddy (panggilan Fattah), saya tidak lagi sayang daddy,” katanya.

Fattah sebelum ini menyangkal dakwaan sudah lama tidak bertemu Fatima.

Fattah sebelum ini menyangkal dakwaan sudah lama tidak bertemu Fatima.

Fazura bagaimanapun memberi teguran kepada Fatima dan menasihati anak perempuannya untuk tidak berkata demikian kepada bapa kandungnya sendiri.

“Kenapa awak tak mahu daddy? Tak boleh cakap macam itu.

“Awak selalu sayang daddy kan?” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menyangkal dakwaan sudah lama tidak bertemu Fatima.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah laris bukan alasan abai tanggungjawab, anak tetap keutamaan Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tersentuh tengok video Fattah luang masa bersama anak… “Daddy tak kisah dukung Fatima walau dah besar”

Fattah sebaliknya tidak pernah menggunakan alasan sibuk bagi mengelak meluangkan masa bersama anaknya.

Malah aktor berkenaan memberitahu atas persetujuannya bersama bekas isteri, dia dibenarkan bertemu dan bermalam dengan Fatima mengikut jadual ditetapkan.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top