RSS Suria

Amy Search nasihat penyanyi baharu cari genre sesuai, ‘killer song’ bantu tonjolkan bakat

PENYANYI Datuk Amy Search tidak menolak pandangan segelintir pihak yang menganggap setiap artis memerlukan lagu hit atau ‘killer song’ dalam kerjaya nyanyian mereka.

Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 67, bagaimanapun berkata keberkesanan ‘killer song’ itu bergantung kepada permintaan pendengar bagi menentukan populariti lagu tersebut.

Justeru itu, Amy menasihatkan penyanyi baharu untuk mengenal pasti genre yang sesuai dengan mereka.

amy 5

Amy titip pesanan buat penyanyi baharu.

“Killer song ini adalah satu perkara yang subjektif. Ada kalanya kita tahu lagu itu boleh ‘pergi’, adakalanya kita tak tahu.

“Kadang-kadang lagu itu boleh jadi ‘boom’ tapi tiba-tiba lagu kemudiannya dalam keadaan bahaya.

“Penyanyi perlukan ‘killer song’ sebab sebenarnya sesebuah lagu popular itu yang akan mengetengahkan lagi bakat anda, terutamanya penyanyi baharu,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam tak boleh nyanyi ‘live’, asyik hulur mic kepada penonton… Amy Search tak melatah, percaya rezeki masih ada

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa Search bersama Amy belum selesai! Nasir pula didakwa tak cakap betul, buat pusingan ‘U’

Amy berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama yang diadakan di Society, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Amy turut mengingatkan kepada rakan artis mengenai kepentingan mencari genre lagu yang tepat.

Tambahnya, setiap ‘killer song’ yang dihasilkan juga bakal memberi tekanan kepada penyanyi untuk terus menghasilkan karya yang diingati peminat.

Penyanyi perlu pandai bereksperimentasi.

AMY SEARCH

PENYANYI

“Daripada situ juga dapat membantu penyanyi ‘explore’ apakah genre yang sesuai dengan mereka.

“Penyanyi perlu pandai bereksperimentasi tetapi bila lagu pertama dah ‘hit’, akan timbulkan satu tekanan buat penyanyi untuk hasilkan lagu kedua.

“Jadi mereka kena tahu ‘material’ yang sesuai dengan karya mereka untuk hasilkan lagu. Kena banyak mendengar dan buat research sampai jumpa dia genre utama. Jangan terlalu ikut apa orang cakap,” ujarnya.

Sebelum ini ketika temu bual bersama media, Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 57, berkata dia memuji penyanyi baharu seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri yang dikatakan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

amy 3

Amy bakal laksanakan konsert pertama April ini.

Bagaimanapun, Man Bai menekankan penyanyi harus memiliki ‘killer song’ yang menjadi kekuatan untuk kekal relevan dalam industri hiburan.

Dalam perkembangan lain, Amy bakal mengukir sejarah baharu dalam kariernya apabila bakal menjayakan konsert solo pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.

Konsert Amy Search Magic Solo Pertama ini dijangka menjadi salah satu detik paling penting dalam perjalanan seni Amy selama empat dekat dalam industri muzik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top