MASALAH kelewatan pembayaran gaji bukanlah perkara baharu dalam dunia pekerjaan.
Situasi ini jelas menimbulkan kebimbangan serta rasa hilang kepercayaan dalam kalangan pekerja terhadap majikan, lebih-lebih apabila isu ini berlaku berulang kali.
Pastinya terdapat pelbagai punca atau alasan yang menyebabkan kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja, namun pasti mengecewakan jika majikan memandang ringan dan tidak mengambil serius isu ini.
Berdepan situasi yang sama, seorang pelayar berkongsi kisahnya dalam satu hantaran di laman sosial bagi meminta pandangan warga maya mengenai solusi kepada masalah berkenaan.
Akta Pekerja 1955 menyatakan majikan perlu membayar gaji pekerja dalam tempoh yang ditetapkan. -Gambar hiasan
“Macam mana kita nak buat laporan ke atas majikan yang melambat-lambatkan bayaran gaji? Gaji 10 hari bulan baru dapat… kadang-kadang lajak sampai 15 hari bulan.
“Slip gaji pun saya tak pernah dapat. Dengan kata lain tak ada slip gaji. Susah nak buat urusan lain-lain bila tak ada slip gaji,” tulisnya.
Individu yang tidak mendedahkan identiti diri ini berkata, dia mengakui situasi berkenaan membuatkan dirinya kurang bermotivasi untuk bekerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji – “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”
ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga
Namun ujarnya, buat masa ini dia memilih untuk bertahan memandangkan dia bekerja di sebuah syarikat yang disukainya.
“Sayang nak berhenti cari kerja lain, pertamanya sebab tak suka tukar-tukar kerja. Keduanya, kerja memang okay dah, cuma gaji saja lambat dengan tak ada slip gaji.
“Minta kawan-kawan tolong, macam mana nak buat laporan tentang itu, dan kalau boleh, tolong bagi cara nak buat laporan tanpa majikan tahu,” tulisnya lagi.
Gaji 10 hari bulan baru dapat… kadang-kadang lajak sampai 15 hari bulan.
PENGADU
Sebagai pengetahuan bersama, menurut Akta Kerja 1955, majikan wajib membayar gaji pekerja dalam tempoh yang telah dipersetujui dalam kontrak kerja.
Sekiranya majikan gagal membayar gaji dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda atau penalti yang boleh dikenakan oleh Jabatan Tenaga Kerja.
Sementara itu, pemberian penyata penggajian atau slip gaji juga adalah wajib dan termaktub dalam Akta Kerja 1955.
Kelewatan membayar gaji juga boleh mempengaruhi prestasi kerja kakitangan. -Gambar hiasan
Kegagalan majikan untuk mengeluarkan slip gaji pekerja boleh dikenakan denda tidak melebihi dari RM10,000 atau, dipenjara tidak melebihi dari enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan individu berkenaan agar ‘angkat kaki’ atau melaporkan perkara tersebut kepada pihak berwajib agar tidak terus ditindas sehingga akhirnya merugikan diri sendiri.