RSS Suria

Tak jumpa kerosakan, isteri ‘owner’ tiba-tiba mengamuk dakwa rumah sewa bau kucing… Ramai syak taktik nak potong deposit!

SERING kali kita dipaparkan dengan perkongsian serta luahan pemilik rumah mengenai sikap buruk penyewa mereka.

Namun berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan oleh individu ini yang meluahkan rasa geram terhadap pemilik rumah sewanya kerana didakwa kurang beradab dan tidak profesional.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, individu itu berkata ia terjadi ketika pertemuan antara dia dan pemilik kediaman sewaktu mahu menyerahkan kunci rumah selepas tamat kontrak sewaan.

“Pergi rumah lama untuk handover kunci. Landlord dan wife datang sekali. Sampai je, bini dia dah bagi aku jelingan tajam. Dalam hati aku macam… eh gaduh dengan laki dia sebelum sampai sini kot.

“Tapi tak expect langsung benda jadi drama. Masuk je rumah, mereka terus inspect macam CSI. Buka semua kabinet dapur, lampu, kipas, aircond… eh semua la.

“Yang si bini, masuk je rumah terus jerit… kuatnya bau kucing! Aku macam, huh? Aku tak bau apa pun? Dia naik atas, dia jerit benda sama.

Tenancy agreement for rental lease and keys.

Kontrak sewaan adalah dokumen untuk melindungi pemilik serta penyewa rumah, justeru ia wajar diteliti untuk mengelakkan masalah kemudian hari. -Gambar hiasan

“Kemudian tiba-tiba dia turun bawah, menghala ke aku dan terus menjerit dekat muka aku. Tuduh aku tak buat proper cleaning untuk hilangkan bau kucing,” ceritanya.

Menurut individu tersebut, dia sudah membersihkan rumah yang disewanya sama seperti keadaan asal, namun tidak mengambil servis bagi menghilangkan bau kucing.

Tambahnya, dia sama sekali tidak keberatan untuk melakukannya jika termaktub dalam kontrak atau diminta berbuat demikian kerana mahu mengembalikan rumah sewanya dalam keadaan yang sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Owner’ nak buat renovasi, arah penyewa sarat hamil pindah sementara! Lepas 2 bulan minta duit sewa walau tak menghuni

ARTIKEL BERKAITAN: Berkenan sangat dengan rumah dihuni, penyewa ‘sentap’ owner tak nak jual! Dah 4 bulan mogok tak bayar sewa

“Sebelum sign tenancy contract dulu, aku dah declare aku ada kucing. Tapi mereka masih terima aku sebagai penyewa. Now tiba-tiba nak drama pasal bau kucing?

“Kalau betul ada isu dengan kucing, kenapa tak inform aku siang-siang? Actually boleh je beritahu sebelum aku serah kunci… kami nak proper cleaning untuk hilangkan bau kucing, boleh arrange?

“Senang je kan? Bukan tiba-tiba datang, jerit-jerit buat drama tak tentu pasal. Paling tak boleh brain, tiba-tiba tuduh aku nak mesej laki dia,” kongsinya sambil menafikan tuduhan berkenaan.

Bukan pasal bau kucing pun. Ia pasal konon awak mesej laki dia. Itu pasal awal-awal dia dah bagi jelingan.

NETIZEN

Cerita individu tersebut lagi, selama menyewa rumah berkenaan dengan kadar RM2,300 sebulan, tiada isu berbangkit antara mereka tambahan pula dia tidak pernah culas membayar setiap bulan.

Kesal dengan apa yang berlaku, individu tersebut berkata perkongiannya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya komunikasi yang jelas dan profesional antara penyewa dan pemilik rumah.

“Kalau ada isu, boleh je bincang elok-elok. Tak perlu jerit, tak perlu buat fitnah, tak perlu insecure tak tentu pasal.

“Aku bayar sewa, bukan duduk free. At least ada sikit profesionalisme la. Moral of the story, ada duit belum tentu ada adab,” akhirnya.

komen rumah sewa

Sebahagian pandangan yang dilontarkan netizen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam sikap isteri kepada pemilik rumah sewa berkenaan kerana dilihat terlebih beremosi dan tidak profesional.

Dalam pada itu, ramai yang turut memahami situasi individu berkenaan dan menyarankannya supaya ‘beralah’ agar tidak timbul isu di kemudian hari.

“Jerit-jerit sebab tak nak bagi balik full deposit la tu. Biasanya kalau ada tak bersih ke apa, dia panggil je orang bersihkan, tolak deposit sikit.

“Tindakannya tu tak beradab. Solusi sama ada kita nak hilangkan bau tu sendiri atau minta owner upah orang.

“Bukan pasal bau kucing pun. Ia pasal konon awak mesej laki dia. Itu pasal awal-awal dia dah bagi jelingan,” komen netizen.

Scroll to Top