DI SEBALIK sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, rupa-rupanya pelakon Diana Rafar aktif dalam membantu dan membimbing golongan mualaf yang baru memeluk agam Islam.
Aktif sejak tiga tahun lalu, Diana atau Adiana Abdul Rafar, 43, mula membimbing golongan mualaf selepas mendapat kepercayaan daripada pihak Hidayah Center Foundation.
Berkongsi lanjut, Diana berkata, dia berbangga malah perasaannya sentiasa tersentuh dapat membantu saudara baru ‘kembali’ kepada agama Islam.
Diana sebak ketika membimbing lafaz syahadah saudara baru.
“Kalau tak kuat dan fokus memang tidak boleh buat… Tapi kuatlah macam mana pun, selepas mereka melafazkan syahadah air mata memang akan mengalir.
“Perasaan itu datang dengan sendiri tanpa perlu dipaksa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Walaupun dilahirkan sebagai orang Islam, namun Diana tetap ada perasaan malu apabila melihat golongan mualaf lebih berkobar-kobar mendalami ilmu agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar ambil inisiatif beri bantuan gaji kepada artis veteran, tapi sedih ada selebriti kaya pertikai niat murni
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar rasa rindu setiap kali terpandang telefon Nokia arwah ibu
“Setiap kali saya Islamkan orang terasa kerdil dan malu kerana mereka bukan Islam tapi mereka mendalami Islam lebih dari kita.
“Mereka sibuk membaca al-Quran, mendekatkan diri dengan Allah kerana mengejar syurga,” luahnya.
Kata Diana, pengalaman mengislamkan mualaf membuatkan dirinya ingin lebih mendekati Allah SWT.
Saya rasa sejauh itu Allah bimbing saya untuk jadi orang lebih baik.
DIANA RAFAR
PELAKON
Jelasnya, dia bukan mahu bersikap menunjuk-nunjuk dengan memuat naik di media sosial namun ia sebagai langkah untuk terus beristiqamah dalam berbuat baik.
Malah suaminya iaitu aktor Zamarul Hisham turut berpeluang membimbing mualaf baharu melafazkan syahadah baru-baru ini.
“Sebagai manusia hati saya berbolak balik, tapi Allah selalu mendorong menjadi lebih baik. Bila saya tak kongsi perkara ini saya akan rasa bebas untuk lakukan apa sahaja.
Diana dan suami terbuka membantu mualaf baharu.
“Bila kongsi saya ada perasaan malu dan perkara ini juga membuat saya tidak tersasar dari terus mencari Allah. Saya rasa sejauh itu Allah bimbing saya untuk jadi orang lebih baik,” kongsinya.
Pada Januari lalu, perkongsian Diana mengislamkan seorang wanita meriah perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Instastory miliknya, Diana dilihat mengajar wanita berkenaan mengucap dua kalimah syahadah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!