MENERUSI kerjaya dalam bidang peruncitan, kebiasaannya komisen akan diberikan kepada ejen atau jurujual sebagai imbuhan atas penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli, jurujual kebiasaannya akan manis mulut bercakap serta mesra menyantuni pengunjung yang memasuki kedai.
Bagaimanapun melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita yang bekerja sebagai jurujual di sebuah butik ternama terkejut apabila keramahannya melayani pelanggan disalah erti.
Jurujual harus bijak mengatur strategi untuk melariskan jualan. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, pelanggan terbabit yang merupakan individu lanjut usia beberapa kali singgah ke butik terbabit dan dilihat selesa berurusan dengannya untuk bertanyakan soalan mengenai maklumat produk.
“Dulu waktu aku kerja butik, aku pernah layan seorang makcik ni, dia peramah orangnya. Dalam dua hingga tiga kali juga dia datang ke butik ni, dia cuma jamu mata je, tak beli pun.
“Tapi aku tetap layan dia secara baik, dengan harapan makcik tu akan beli suatu hari nanti apabila sampai rezekinya. Lagi satu, memang ada sesetengah orang tua suka masuk kedai di pusat beli-belah untuk bersembang, tak membeli sangat.
ARTIKEL BERKAITAN: Bab nak komisen memang laju! Jurujual pemalas tak malu mengaku layan pelanggan pilih selipar, tebal muka menipu
ARTIKEL BERKAITAN: Nak tengok peti sejuk pun tak senang! Pelanggan rimas jurujual ikut rapat… Paling menyampah kena dengar dia cakap telefon
“Jadi pada satu hari ni, aku tengah rehat dekat dalam stor waktu lunch, kemudian masuk makcik tu, kawan sekerja aku pun layan dia. Makcik tu tanya mana aku, sebab biasa aku yang datang tegur dia.
“Alangkah terkejutnya aku apabila makcik tu pergi mengumpat tentang aku dekat kawan aku. Aku curi dengar je dari dalam stor, dia cakap aku ni mulut becok dan terlalu peramah, dia tak suka,” imbas wanita itu terkilan.
Ada sesetengah pelanggan ni introvert, dia nak buat hal sendiri je apabila masuk kedai.
WARGA MAYA
Walaupun begitu, wanita terbabit tidak menyimpan sebarang dendam terhadap pelanggan terbabit.
“Aku tak la marah, cuma kelakar apabila teringat balik,” kata wanita itu ringkas.
Pelayar bertukar pandangan.
Melewati ke ruangan komen, warga maya berpandangan ia adalah lumrah dalam bidang perkhidmatan pelanggan untuk berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai.
“Ada sesetengah pelanggan ni introvert, dia nak buat hal sendiri je apabila masuk kedai. Mungkin sebab tu makcik ni rimas apabila awak datang bercakap dengan dia.
“Susah juga macam ni, kalau kita layan pelanggan ala kadar, dilabel kita sombong dan curi tulang, tapi kalau terlebih baik, naik menyampah pula. Nak mana satu ni?,” soal warga maya.