MENJELANG 28 hari sebelum tibanya Ramadan, pengacara Neelofa sudah mula mengubah gaya hidup dengan menukar waktu tidur lebih awal.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata, tindakan itu bagi mengelakkan perubahan drastik memandangkan perlu bangun lebih awal sepanjang bulan puasa.
Kata Neelofa, dia biasanya akan bangun seawal pukul 4 pagi sepanjang Ramadan dan biasanya akan tidur selepas selesai solat Tarawih.
“Saya akan tukar waktu tidur saya… Kalau anda selalu tidur pukul 12 tengah malam atau 1 pagi, jadi bermula sekarang anda kena mula tidur awal.
Neelofa mula menukar waktu tidur lebih awal.
“Macam tahun lepas, balik solat Tarawih saya terus tidur sebab akan bangun seawal pukul 4 pagi.
“Jadi memang kena paksa tukar waktu tidur supaya nanti tidaklah rasa drastik sangat,” katanya.
Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu akan menyediakan bahan makanan (meal prep) untuk berbuka puasa lebih awal dengan menyenaraikan jenis juadah untuk suami dan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi doa dapat jodoh… Ringkas saja tapi kena konsisten!
ARTIKEL BERKAITAN: Ini sebab Neelofa malas buat content memasak, makcik bawang ‘terpaling betul’ sibuk nak komen kritik
Katanya, dia tidak mahu menghabiskan banyak masa di dapur kerana ingin memberi fokus melakukan amalan lain seperti berzikir dan membaca al-Quran.
“Daripada senarai juadah saya akan buat pes siap-siap dan hanya masukkan protein seperti ayam atau ikan apabila memasak.
“Ini adalah cara menjimatkan masa, jadi anda tidaklah sepanjang hari berada di dapur sebaliknya boleh membuat amalan lain seperti berzikir, membaca al-Quran dan ibadat yang lain,” ujarnya.
Neelofa turut mengingatkan orang ramai untuk membaca al-Quran sepanjang Ramadan.
Sementara itu, Neelofa turut mengingatkan agar memanfaatkan sepanjang bulan Ramadan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran.
Kata ibu dua cahaya mata ini, amalan membaca al-Quran dapat memberi perubahan positif dan menjadikan bulan mulia itu lebih bermakna.
“Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa membaca al-Quran, kita sangat rugi. Kekuasaan al-Quran adalah satu mukjizat yang mana Allah masih pelihari sehingga ke hari ini.
“Kalau baca sikit pun tapi anda manfaatkan setiap hari, insya-Allah anda akan rasa sesuatu yang lain walau hanya sedikit,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!