PELAKON Wawa Zainal mempunyai sebab tersendiri apabila membawa lebih banyak pakaian ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 33, berkata, kos dobi yang mahal selain enggan membazir wang membeli-belah di Tanah Suci membuatkan dia lebih senang menyediakan pakaian lengkap dari Malaysia.
“Ada sahaja komen! Pergi ibadah ke bercuti bawa baju banyak sangat?
Video Wawa mengemas pakaian untuk ke Tanah Suci mendapat perhatian netizen.
“Acik (panggilan netizen), saya memang tidak mahu shopping dekat sini, dobi pula mahal. Jadi bawa baju cukup-cukup untuk 11 hari 10 malam,” katanya.
Wawa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.
Sebelum itu, isteri pelakon Aeril Zafrel ini ada memuat naik video dia sedang mengemas pakaian untuk dibawa ke Tanah Suci.
ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dan Wawa Zainal persiap diri jadi tetamu Allah, rancang tunai haji tahun ini
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadiah sempena ‘birthday’ dua anak, Wawa dan Aeril Zafrel beri setiap seorang sebuah kondominium
Bagaimanapun perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang terkejut apabila melihat Wawa membawa banyak pakaian seperti ingin pergi bercuti.
“Banyak betul barang dia bawa, nak pergi umrah macam nak bercuti!
“Banyak sangat tu (pakaian), boleh kurangkan sebab dekat sana kita sempat lagi untuk basuh dalam hotel,” komen netizen.
Wawa dan Aeril ketika ini sedang menunaikan umrah bersama 33 orang stokis dan ejen yang membantu syarikat mereka menjana keuntungan mencecah angka RM32 juta tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!