PELAKON dan penyanyi Bella Astillah enggan mencari calon suami dalam kalangan penggiat seni sekiranya kembali bertemu jodoh suatu hari nanti.
Bercakap mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, berkata, dia juga tidak tertarik dengan lelaki yang merokok dan mengambil minuman keras atau barang terlarang.
“Tak hisap rokok, vape, shisha… Sudah tentu tak pergi kelab malam! Tak minum alkohol.
Bella tidak tertarik dengan lelaki yang merokok dan mengambil minuman keras.
“Tidak terlibat dengan bahan terlarang dan paling penting dia bukan dalam industri seni,” katanya.
Bella berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan adik perempuannya iaitu Didi Astillah mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.
Mendengar jawapan Bella, Didi sempat mengusik kakaknya sama ada dia boleh menerima lelaki yang menceburi bidang politik.
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam Oppa bukan YB, Bella Astillah ‘makeover’ penampilan Syed Saddiq
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah bukan ‘jual’ anak untuk raih simpati, media sosial sumber rezeki
Pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini bagaimanapun hanya tersenyum sebelum berlalu pergi dalam video yang dikongsi Didi di TikTok miliknya.
Sebelum ini, hubungan rapat di antara Bella dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama.
Ini termasuk kedua-dua mereka sama-sama menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.
Hubungan Bella dan Syed Saddiq (kiri) dikatakan semakin akrab.
Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!