IMPIAN setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mengecapi kebahagian hingga ke akhir hayat.
Namun, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan kerana dalam tempoh perkahwinan pastinya ada ujian yang melanda.
Begitu nasib yang dialami seorang wanita yang mengakui hidupnya bersama anak-anak kini dalam trauma selepas perubahan suami.
Berlaku curang adalah perbuatan yang sukar dimaafkan pasangan. – Gambar hiasan
Katanya, daripada seorang suami dan bapa penyayang, insan yang dikahwini sejak 13 tahun lalu itu bertukar menjadi zalim.
“Dia hidup susah lepas diuji sakit slip disc, tak boleh kerja tetap. Sekarang dia berniaga burger, jadi saya la tolong dia beli barang dapur, selesaikan sewa rumah termasuk kad kredit dia pun saya bayarkan.
“Saya tolong ikhlas sebab sebelum ni masa dia sihat nafkah tak pernah culas. Tapi sejak pindah rumah, hidup mula berubah. Daripada suami yang baik bertukar zalim,” kongsinya di media sosial.
Jelasnya, suaminya itu mula berkawan dengan kelompok yang kurang baik hingga dia mula belajar menghisap rokok dan berlaku curang.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di persimpangan dilema… Hati terpikat janda pandai ambil berat, mula rasa tunang sendiri tak matang – “Dia suka cari pasal”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah… Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran
“Saya merajuk dengan suami sebab masa bertengkar dia berkias macam halau saya suruh cari rumah lain. Saya kemas baju, bawa anak duduk rumah mak. Dalam hati bukan nak keluar tapi nak minta dia pujuk.
“Akhirnya sampai tiga bulan, dia tak kisah dan tak pernah datang pujuk sedangkan anak saya tak sekolah dua bulan. Sampai saya kena serangan panik hingga masuk unit kecemasan,” luahnya.
Wanita itu memaklumkan, doanya selama ini bagaikan dimakbul Allah selepas dia diberi petunjuk tentang kecurangan suami sepanjang mereka berjauhan.
Dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah, langsung tak malu dan rasa angkuh.
PENGADU
“Saya balik rumah terjumpa kanta lekap wanita, luluh hati… saya menangis. Selepas itu saya bawa dia jumpa ustaz untuk kaunseling rumah tangga. Depan ustaz dia mengaku pernah berzina.
“Dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah, langsung tak malu dan rasa angkuh. Dia kata dua kali ‘main’ dengan janda. Ustaz nasihat dia untuk bertaubat dan kembali kepada Allah,” katanya.
Tambahnya, ketika ditanya ustaz sama ada dia menyayangi janda berkenaan atau tidak, dia menjawab tidak.
Namun apabila ditanya sama ada masih sayangkan isteri atau tidak, suaminya berkata langsung tiada hati.
Reaksi netizen
“Ustaz kata kalau tak ada hati kenapa isteri minta cerai awak tak nak cerai? Suami diam, tergamak dia tak fikir masa depan saya dan anak-anak.
“Suami angkuh tak nak berdamai dia nak duduk rumah mak dia. Saya tahu kenapa dia tak nak duduk serumah dengan kami… sebab dia dah biasa buat maksiat,” dakwanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan suami kepada pengadu sangat kejam.
“Lebih baik akak undur diri sebab dia dah tidur dengan ramai perempuan, takut ada penyakit.
“Jangan letakkan diri dalam kebinasaan. Nak hidup tenang buang punca masalah awak. Sampai bila nak letak anak dalam situasi toksik?” demikian kata warga maya.