RSS Suria

Resipi sup kosong sedap macam kedai tomyam, tukang masak kongsi bahan rahsia

BILA sebut sup kosong, ramai sangka hidangan ini sekadar air rebusan biasa.

Tapi kalau kena cara masaknya, sup kosong boleh menjadi hidangan yang sempurna rasa dan aromanya sekali gus membangkit berselera.

Seorang tukang masak yang lebih dikenali sebagai Rizal di media sosial berkongsi resipi dan petua menyediakan sup kosong seperti mana dimasak di kebanyakan kedai makan.

Sup yang sampai ke meja anda mungkin nampak simple, tapi ada teknik tersendiri untuk menjadikannya istimewa ‘ala kedai’ dengan resipi mudah yang diajarkan.

Bahan asas

2 batang saderi (dihiris)

1 biji bawang Holland (dipotong kasar)

1 biji cili merah (dihiris)

1 biji tomato (dibelah empat)

Sediakan 4 bahan asas untuk sediakan sup kosong.

Air rebusan

8 cawan air rebusan daging (boleh guna tulang lembu untuk lebih rasa)

Perasa

5 sudu besar garam

5 sudu besar gula (untuk seimbangkan rasa)

Serbuk perasa (pilihan, jika suka)

5 sudu besar sos tiram

5 sudu besar kicap sotong

5 sudu besar air limau purut

Bahan tambahan

1 sudu besar minyak bawang putih (untuk aroma dan rasa lebih sedap)

Daun bawang (dihiris untuk ditaburkan)

Sup kosong lebih sedap dengan adanya bahan asas seperti saderi.

Cara penyediaan

1. Sediakan air rebusan daging

Rebus tulang atau daging selama satu hingga dua jam untuk mendapatkan stok sup yang sedap dan berperisa. Jika nak cepat, guna periuk tekanan (pressure cooker).

2. Didihkan sup

Masukkan air rebusan tadi ke dalam periuk, kemudian letak bawang Holland, batang saderi, cili merah dan tomato. Rebus sehingga layu.

3. Perasakan sup

Masukkan garam, gula, serbuk perasa, sos tiram, kicap sotong dan air limau purut. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan bahan tambahan

Tambahkan minyak bawang putih untuk menaikkan aroma sup.

5. Hidangkan panas

Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Walaupun ringkas, sup kosong ini sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas serta lauk sampingan.

Scroll to Top