RSS Suria

Berat badan naik 15 kilogram selepas sertai GV11, Dadali Dyrga paling suka makan nasi kerabu campur budu

GARA-GARA tidak menjaga pemakanan, penyanyi Dadali Dyrga memberitahu berat badannya bertambah sebanyak 15 kilogram selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Kata Dyrga atau Octa Dyrga Nala Prana, 44, isterinya juga menyarankan untuk dia menjaga pemakanan serta bersenam agar dapat kembali kepada berat badan ideal.

“Berat saya sebelum masuk GV adalah 80 kilogram, tapi sekarang sudah 95 kilogram.

NP - 2025-02-07T133606.423

Berat badan Dyrga naik 15 kilogram.

“Sampaikan isteri saya lihat saya, dia nasihatkan untuk pergi berlari dan makan makanan sihat macam oat untuk kurangkan berat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Dyrga mengakui makanan di Malaysia terlalu enak sehingga dia sukar untuk menolak pelawaan menikmati hidangan tersebut.

Tambah vokalis kumpulan Dadali ini, hidangan nasi kerabu dan nasi kandar merupakan antara kegemarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dadali Dyrga terkejut ‘kembar’ datang konsert GV11, ada rancangan berlakon bersama Shahrol Shiro

ARTIKEL BERKAITAN: Ronnie Hussein tersingkir separuh akhir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara GV11

“Makanan di Malaysia ini sedap sangat, rempah makanan itu buat saya bernafsu asyik nak makan.

“Makanan kegemaran saya adalah nasi kerabu campur budu sampai bertukar warna merah, siap tambah!

“Lepas itu nasi kandar pula semua lauk saya makan dan suka,” jelasnya.

NP - 2025-02-07T133624.369

Isteri minta Dyrga jaga makan dan bersenam.

Dalam perkembangan lain, Dyrga merupakan salah seorang daripada enam peserta GV11 yang akan bersaing merebut gelaran juara pada pentas akhir GV 11 nanti.

Selain Dyrga, lima peserta lain ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdul, Zehra Zambri dan The Lima.

Konsert akhir GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad itu akan bersiaran di Astro Ria (104) jam 9 malam pada Ahad depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top