RSS Suria

Tak sampai hati tengok pakcik tua menjaja meja ke meja, wanita borong 3 bungkus keropok… Lepas 5 minit hilang rasa simpati!

MENCARI rezeki dari meja ke meja di kedai makan menjadi modus operandi bagi segelintir peniaga untuk melariskan jualan.

Mereka bukan sahaja melakukannya untuk mengisi perut sendiri, bahkan menyara kehidupan sekeluarga terutamanya anak-anak.

Kehadiran peniaga-peniaga ini tentunya meraih perhatian para pelanggan di kedai makan yang turut bersimpati dengan cara mereka menjual.

Ramai memilih untuk menjamu selera di kedai makan. -Gambar hiasan

Apatah lagi kata-kata yang dikeluarkan mengundang sebak, sedikit-sebanyak melembutkan hati pelanggan untuk membeli.

“Tengah duduk santai-santai sarapan kat warung, datang seorang pakcik tua dengan berkopiah putih.

“Dia bawa keropok tiga bungkus, ayatnya macam ni… beli keropok nak? Satu bungkus RM4, ambil tiga bungkus RM10, tinggal tiga bungkus ni je lagi,” kata seorang wanita mengimbas kembali kisah dilaluinya di sebuah kedai makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang peniaga tak bagi sambal, pelanggan beri rating 0 untuk rider! Enggan dengar alasan, anggap kedua-dua pihak salah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rugi RM9, jurujual salah ‘scan’ dakwa polisi tak boleh refund… Paksa pelanggan ambil barang lain, siap kena tambah duit!

Wanita itu mengakui dia mudah bersimpati apatah lagi melibatkan orang tua, justeru dia tampil menjadi pelanggan terakhir kepada penjual keropok berkenaan.

“Saya ni memang mudah kasihan dengan orang tua yang berniaga macam tu. Jadi, saya pun beli tiga bungkus (keropok) tadi sebab dengar dia cakap itu last.

Pujuk hati niat sedekah je la. Nanti tak ikhlas, jadi lain pula.

PELANGGAN

“Dalam fikiran saya, kalau saya beli semua mesti pakcik tu boleh balik awal. Selepas dah bayar, pakcik tu keluar dari kedai tu,” ujarnya.

Namun kurang lima minit peniaga tadi dilihat masuk semula di kedai terbabit.

Masing-masing mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga. -Gambar hiasan

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila melihat lelaki yang sama masuk sambil membawa tiga bungkus keropok.

“Pakcik tu masuk semula bawa tiga bungkus lagi keropok yang sama. Masa ni dah tak tahu nak rasa apa tapi pujuk hati niat sedekah je la. Nanti tak ikhlas, jadi lain pula.

“Hebat taktik mereka ni, kita ni sudahlah jenis mudah kasihan terutama tengok orang-orang tua. Tapi tak sangka orang yang kita kasihankan itulah banyak scam,” katanya.

Cuba bersangka baik, wanita itu mengakui strategi pemasaran yang dilakukan penjual keropok itu dilihat berhasil.

“Strategi pemasaran yang berkesan. Niat saya memang nak beli dan nak tolong dia habiskan, sebab dia cakap tu tiga bungkus terakhir.

“Tapi itulah, saya pun macam tak apalah. Rezeki dia, semoga pakcik tu pun doakan rezeki saya tak putus-putus,” ceritanya lagi.

Scroll to Top