RSS Suria

Bayi biru, tiada respons lepas tersedak susu! Mujur teknik digunakan suami berhasil, tapi isteri fobia hamil lagi

MENJAGA bayi yang baru dilahirkan merupakan satu cabaran besar buat ibu bapa.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisah bayinya yang tersedak susu ketika dia terlelap.

Lebih menakutkan, wanita itu berkata ia berlaku ketika bayinya baru berusia dua minggu.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Kehadiran cahaya mata menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. -Gambar hiasan

“Teringat bayi saya yang tersedak susu, umur baru dua minggu. Saya tak tahu saya terlelap. Masa tu pukul 3 pagi. Tapi suami saya ada kat dapur masa tu.

“Kemudian dia secara tiba-tiba tersedak. Biru (muka anak), tiada tindak balas,” kongsinya menerusi TikTok.

Dalam situasi getir itu, dia dan suaminya terus memanggil nama anak mereka sambil menepuk kakinya.

Suami saya tepuk tapak kaki dia banyak kali dan panggil nama dia.

IBU

Akhirnya, tindakan pantas itu menyebabkan anak mereka kembali sedar dan memberi tindak balas.

“Suami saya tepuk tapak kaki dia banyak kali dan panggil nama dia. Tiada tindak balas. Ayat suami saya, dia dah pergi.

“Saya panggil nama dia macam orang gila ya. Suami saya teruskan tepuk tapak kaki kuat-kuat dan cakap baby menangis, baby menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar buat ‘kepala’ sendiri, pandai-pandai rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian… Ramai risau kes pedofilia!

ARTIKEL BERKAITAN: “Gugur je pun… nanti lekatlah baru” – Wanita kematian bayi sulung keluar rumah sendirian, menangis tak tahan mulut mentua

“Anak kami beri tindak balas. Sumpah saya fobia,” cerita wanita itu lagi.

Kini, anaknya sudah berusia tiga tahun enam bulan, namun dia masih fobia untuk menimang cahaya mata.

Di ruangan komen, beberapa wanita turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

A women receive the baby at her house, story on adopting baby online. Pose by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Ibu berdepan cabaran untuk menjaga bayi dalam pantang. -Gambar hiasan

“Anak saya muntah, tersedak susu, badan dah kejung. Saya terus tepuk belakang badan dia kuat-kuat, terus dia muntah, baru sedar dan menangis.

“Samalah, masa pantang anak nombor dua, dua kali dia tersedak sampai keluar dari hidung. Saya tepuk-tepuk atas bahu, dia nangis.

“Anak pertama saya dulu pun pernah biru tersedak air liur,” kongsi beberapa netizen.

Scroll to Top