BEKERJA dalam suasana yang profesional dan selesa adalah impian setiap pekerja.
Namun ada kalanya kita tidak dapat mengelak daripada berdepan situasi tidak diingini, seperti gangguan seksual daripada rakan sekerja ataupun majikan sendiri.
Dalam satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi kisahnya yang kerap menjadi mangsa gangguan ketuanya, sekali gus meminta pandangan warga maya mengenai tindakan yang harus dilakukan.
“Cuma nak tanya apa hangpa (anda) akan buat untuk confront dengan bos yang pervert (gatal)?
Persekitaran tempat kerja toksik mempengaruhi prestasi kakitangan. -Gambar hiasan
“Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap benda yang saya share ni tak pervert pun tapi tak apa, saya share conversation,” tulisnya dalam hantaran berkenaan, sambil memuat naik imej tangkap layar mesej yang dihantar oleh ketuanya.
Menerusi mesej yang dipaparkan, ketua kepada wanita tersebut mengajaknya untuk keluar makan tengah hari di satu lokasi.
Bagaimanapun menurut wanita berkenaan, dia menolak ajakan tersebut kerana sudah membawa bekalan dari rumah, namun ketuanya tetap tidak mahu menerima alasan yang diberikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bos gila seks, pihak atasan takut bertindak! Ramai bengang mangsa masih diam, bertahan – “Dia anggap kamu suka, nak lagi”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat… Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’
Wanita tersebut menambah, ketuanya yang bergelar suami orang sudah beberapa kali bertindak tidak profesional sungguhpun mengetahui dirinya telah berkahwin.
“Actually sebelum ni dia dah pernah sentuh-sentuh saya bila tak ada orang dalam office. Tak sempat nak kata apa-apa, dia terus berlalu macam itu saja.
“Bila saya cerita dekat colleague lain, mereka boleh cakap yang dia ni memang macam tu,” kongsinya lagi.
Menurutnya, perkara ini sudah diceritakan kepada suaminya, namun lelaki berkenaan memberi cadangan dengan memintanya berhenti kerja.
Report je… kalau lebih-lebih, tapak muka dia.
NETIZEN
“Bab suami pula, saya dah report dekat suami saya dan response suami suruh saya resign saja. Even saya dah resign, takkan saya nak biarkan the next employee kena,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, wanita tersebut berkata dia akhirnya memberanikan diri membuat laporan kepada jabatan sumber manusia agar tindakan diambil terhadap individu tersebut.
Rata-rata warga maya turut tampil memberi cadangan kepada wanita berkenaan untuk ‘mengajar’ ketuanya supaya tidak mengulangi perbuatan sama kelak.
Antara perkongsian pengalaman dan saranan warga maya.
“Screenshot and report dekat isteri dia
“Pernah alami… kadang kena buat keras sikit kita ni. Bagi dia hard truth. Tapi jangan terlalu kasar takut dia make action beyond our expectations.
“Saya pernah ada dalam situasi ni dulu. Jadi saya direct WhatsApp minta hormat saya sebagai staf, tak pun sebagai bini orang. Alhamdulillah sekarang dah baik dah bos saya.
“Report je… kalau lebih-lebih, tapak muka dia,” tulis netizen.