KES kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula gummymasih lagi hangat menjadi bualan netizen di media sosial.
Susulan kes itu, segelintir warga maya turut menggesa penjualan bebola jeli atau jelly ball dihentikan memandangkan ia memiliki tekstur hampir sama dengan gula-gula getah berkenaan.
Menurut seorang pemborong serbuk jeli di aplikasi TiKTok, dia bersimpati dengan nasib peniaga yang kini dipersalahkan netizen.
Hidangan berwarna-warni ini sememangnya menarik perhatian kanak-kanak. -Gambar hiasan
“Jelly ball pun dipersalahkan juga. Untuk semua peniaga jelly ball, sabar ya. Jangan down. Semoga yang baik-baik saja.
“Makanlah apa-apapun, tetap kena hati-hati pantau anak-anak,” tulis pemborong itu.
Di ruangan komen, seorang peniaga bebola jeli memberitahu dia kini menghentikan jualan atas permintaan suaminya.
Suami saya tak bagi buat jelly ball buat masa sekarang ni.
PENIAGA BEBOLA JELI
“Sedih jugapeniaga jelly ball pun terkena tempias. Insya-Allah ada rezeki nanti, moga kita kuat.
“Suami saya tak bagi buat jelly ball buat masa sekarang ni. Saya buat jelly ais limau,” komen peniaga itu.
Seorang lagi peniaga berkata dia sering mengingatkan pelanggan untuk menikmati bebola jeli dengan cara betul.
ARTIKEL BERKAITAN:Murid 10 tahun tercekik gula-gula ‘gummy’ meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN:Suasana pilu di tanah perkuburan, jenazah murid tercekik gula-gula ‘gummy’ selamat dikebumi
“Saya akan pesan kepada pembeli, suruh anak gigit dan kunyah dulu baru telan. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan penjual yang lain,” tulis wanita itu pula.
Di sebalik gesaan untuk menghentikan penjualan bebola jeli, beberapa netizen berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan makanan atas tragedi yang berlaku.
“Ada kes meninggal sebab tercekik daging. Ajar anak-anak kita cara makan dengan betul.
“Kenapa tak banned rambutan juga? Banyak kes budak tercekik rambutan.
Kes gula-gula ‘gummy’ kecoh menjadi perdebatan netizen di media sosial. -Gambar hiasan
“Sebenarnya makan apa pun boleh tercekik. Tak kira gummy atau jelly ball dan sebagainya.
“Jelly ball ni agar-agar. Kunyah biasa-biasa je dah boleh hancur,” tulis netizen.
Pada 20 Februari lalu, Mohamad Fahmi Mohamad Fakhruddin yang berusia 10 tahun meninggal dunia, dipercayai tercekik gula-gula gummy.
Sebelum itu, Mohamad Fahmi dilaporkan kritikal selepas rebah dipercayai tercekik gula-gula di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira 2.30 petang pada 18 Februari.