SERING diberikan peranan membawa watak berat dalam drama, pelakon Ummi Nazeera bimbang sekiranya penonton mula muak atau memandang dirinya sebagai seorang stereotaip.
Kata Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, dia juga tidak mahu hilang rasa teruja terhadap lakonan sekiranya menerima tawaran watak yang tidak jauh berbeza daripada sebelumnya.
“Risau jika ada yang stereotaip. Walau jalan cerita setiap drama berbeza namun sedikit sebanyak ada persamaan. Saya tidak boleh terlalu ubah penampilan sebab berhijab. Jadi dalam setiap drama kena ubah karakter sepenuhnya.
Ummi tidak mahu peminat bosan dengan watak yang seakan sama.
“Apabila buat perkara yang sama kita akan hilang semangat dalam diri untuk rasa terjua. Saya tidak akan teruja untuk menghidupkan watak jika asyik mendapat tawaran yang lebih kurang sama sahaja,” katanya kepada mStar.
Ummi ditemui ketika majlis sidang media pelancaran Kempen Ramadan Raya Media Prima yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.
Tidak mudah menjayakan setiap watak, pelakon ini juga memberitahu ada ketika setiap tugas yang diberi itu memenatkan sehingga memberi kesan pada dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Badan disamakan macam Godzilla, Ummi Nazeera sudah diet sejak usia 12 tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Ummi Nazeera cemas anak jalani pembedahan patah siku, mujur ada suami tenangkan hati sedang sedih
Malah, Ummi turut berkongsi pengalaman mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Teratak Kasih Salina.
“Saya terpotong jari sendiri ketika menjayakan satu babak dalam drama tersebut. Mungkin terlalu penat dan saya tidak fokus sepenuhnya pada situasi yang berlaku.
“Sebagai pelakon kita perlu fokus pada setiap benda yang berlaku dan bukannya watak sahaja. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya.
Saya tidak akan teruja untuk menghidupkan watak jika asyik mendapat tawaran yang lebih kurang sama sahaja
UMMI NAZEERA
PELAKON
Dalam pada itu, Ummi dia juga merancang untuk berehat sehingga Jun depan bagi memberikan sesuatu yang berbeza dalam drama lakonannya di masa akan datang.
“Bila bawa watak berat, ia memenatkan dan sebab itu saya ambil keputusan untuk rehat. Saya ada terima satu tawaran menarik l namun rasanya belum bersedia.
Ummi bergandingan dengan Aqasha dan Luqman dalam drama Teratak Kasih Salina.
“Biarlah saya rehat mencari ilham baru dan kembali semula dengan fresh,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, drama Teratak Kasih Salina sudah mula ditayangkan pada 18 Februari lalu untuk Slot Samarinda saluran TV3.
Selain Ummi, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Aqasha, Fazlina Ahmad Daud dan Luqman Hafidz.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!