SIFAT pilih kasih ibu bapa terhadap anak-anak merupakan perkara yang dibenci dalam agama kerana perbuatan tersebut hanya mengundang kebencian dalam kalangan adik beradik.
Setiap anak mempunyai hak masing-masing dan mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.
Seorang wanita yang juga anak sulung mengakui sehingga kini berkecil hati dengan bapanya yang membezakan kasih sayang antara anak lelaki dan perempuan.
Sikap pilih kasih boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan adik beradik. -Gambar hiasan
“Aku dan adik ketiga sahaja perempuan, lagi tiga lelaki. Masa kecil dulu bapaaku selalu cakap ‘aku sayang anak-anak lelaki aku saja, yang perempuan aku tak sayang’.
“Seumur hidup aku membesar, tak pernah sekali bapaaku jemput makan bersama. Yang lain dia jemput,” katanya memulakan cerita.
Tambah wanita itu, sejak kecil dia ditugaskan untuk membancuh minuman kepada bapanya setiap kali pulang kerja.
ARTIKEL BERKAITAN:Kakak halang ziarah, risau mak mengadu domba! Adik sedih nak masuk rumah pun tak boleh, terfikir andai ibu pejam mata
ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu majlis kahwin terdiam lihat gadis diherdik ibu sendiri, bengang terlupa ‘door gift’ untuk rombongan lelaki
“Sebab mak bekerja dan tak suka tugas suri rumah. Aku yang buat air, tapi bapaaku akan jemput adik beradik lain untuk minum. Tak pernah jemput aku.
“Setiap hari minggu dan hari cuti kena masak untuk keluarga. Aku mula masak masa darjah enam.
“Membesar, hidup penuh caci maki tapi tetap kena buat kerja rumah sorang-sorang macam pembantu rumah,” luahnya.
InsyaAllah tentu Allah ada hadirkan sesuatu yang istimewa satu hari nanti.
NETIZEN
Katanya, setiap hari minggu dia tak dapat ke mana-mana, walaupun hari sukan kerana perlu mengemas rumah.
“Kemas rumah bukan sekadar sapu lantai, lap meja. Tapi lap semua perabot, kabinet dapur, kaki kerusi meja makan, tiang katil.
“Aku buat sorang sebab bapaaku tak kasi adik-adik tolong. Lagi-lagi yang kedua, itu memang anak kesayangan dia,” katanya.
Reaksi netizen
Netizen yang membaca perkongsian wanita itu memintanya untuk bersabar dan percaya akan ada kebahagiaan menantinya nanti.
“Membuak rasa marah kat mak dan ayah awak dik. InsyaAllah tentu Allah ada hadirkan sesuatu yang istimewa satu hari nanti.
“Semoga awak tenang dan sembuh dari luka trauma yang lalu. Nanti bila dah ada famili sendiri, awak bina dan semai kasih sayang,” kata warga maya.