RSS Suria

“Buat sekali je, tak sangka pregnant” – Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah

HAMIL luar nikah adalah perkara yang menakutkan bagi mereka yang melakukan zinakerana dilarang dalam agama.

Lebih ‘ngeri’ apabilasituasiinidialami oleh golongan bawah umur.

Seorang doktor berkongsi pengalaman berdepan dengan remaja berusia 14 tahun yang hamil luar nikah.

Lelaki perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang dilakukan. -Gambar hiasanLelaki perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang dilakukan. -Gambar hiasan

Katanya, perkongsian di media sosial itu bertujuan untuk dijadikan pengajaran olehsemua pihak.

“Last datang bulan bila? ‘hmm lima bulan lepas‘ perlahan adik tu jawab. Aku dah tak sedap hati sebenarnya.

“Lepas tu risau tengok perut dia macam besar sikit. Budak zaman sekarang ni macam-macam, maknya menambah.

“Okay, jom kita scan tengok apa masalahnya. Aku tak berdalih dah, scan je la budak ni, kesian mak dia tak senang duduk,” kata doktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Guru wanita hamil selepas rogol budak lelaki umur 12 tahun, anak luar nikah kini dijaga nenek

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong, saya takut” – Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink

Katanya, seperti dijangka dia nampak ada bayi berenang-renang pada skrin mesin pengimbasdengan cukup sifat.

Ya Allah aku dah agak. Apa kau buat ni nak? Maknya dah mula naik suara. Aku tahu bukan senang seorang mak nak hadam benda macam ni. Tapi aku kena kawal suasana dulu.

Berapa bulan dah? Boleh gugurkan tak?Itu soalan maknya. Iyalah dari tadi dia ke hulur hilir tak senang duduk, mungkin otak dah tak tahu apa nak buat,” katanya.

Boleh gugurkan tak?

EMAK REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

Doktor itu memaklumkan jika mengikut pengiraan, usia kandungan anaknya itu adalah lima hingga keenam bulan.

“Setel scan aku ajak adik ni duduk dulu, nak korek cerita. Terpaksa minta izin maknya untuk keluar kejap supaya adik ni buka cerita, dari tadi dia berdalih tak buat apa-apa.

“Lama juga sesi pujuk untuk dia buka cerita. Bukan nak sibuk tepi kain dia, tapi dia terlalu muda untuk semua ni. Aku nak tahu lelaki tu kenalan atau tak, suka sama suka atau kena rogol,” katanya.

Namun, jawapan yang diberikan remaja itu mengejutkan doktor berkenaan.

Gugur kandungan adalah perbuatan yang dilarang dalam agama. -Gambar hiasanGugur kandungan adalah perbuatan yang dilarang dalam agama. -Gambar hiasan

Buat sekali je. BF ingat tak kan pregnant. Tapi rasanya dia akan bertanggungjawab.

“Naifnya adik ni. Setelah dikorek, lelaki tu beza umur lebih beberapa tahun darinya. Dipendekkan cerita dia dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Kata doktor itu, ini bukan pertama kali dia berjumpa kes mengandung luar nikah bukan sahaja membabitkan orang Islam tetapi juga bukan Islam.

“Tolong la jangan mudah percaya kata manis lelaki yang entah siapa-siapa, kalau dia boleh meminta ‘lebih’ pada awak sebelum kahwin, dia boleh minta pada sesiapa juga, jangan naif.

“Tolong jadi perempuan gagah yang tak termakan pujuk rayu lelaki walaupun dia janjikan bulan bintang. Aku harap adik ni jumpa jalan keluar untuk perjalanan hidup yang masih jauh dan panjang,” katanya.

Scroll to Top