JENAYAH ada di mana-mana tidak mengira waktu dan tempat yang mana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa, termasuklah golongan kanak-kanak.
Banyak kes culik dan hilang berlaku melibatkankanak-kanak, namun masih terdapat segelintir ibu bapa tidak mengambil serius mengenai perkara itu.
Begitulah senario yang dilihat sendiri oleh seorang wanita, yang mana ia berlaku berdekatan dengan tempat kerjanya.
Kanak-kanak keluar rumah tanpa pengawasan ibu bapa. -Gambar hiasan
“Aku baru melangkah keluar dari tempat kerja aku ni. Aku baru je masuk kereta dan nak balik rumah.
“Ada sebuah kereta yang park betul-betul depan tempat kerja aku. Masa lalu dekat kereta tu, dengar budak tu cakap ‘Bukalah pintu kereta ni‘ sambil pegang wang kertas RM50,” katanya tanpa mendedahkan lingkungan usia kanak-kanak itu.
Bercerita lanjut menerusi hantaran di laman sosial, katanya, dia beranggapan kanak-kanak perempuan itu hendak ke kedai untuk membeli barang.
ARTIKEL BERKAITAN:Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah… Langsung tak toleh, kail lagi penting!
ARTIKEL BERKAITAN:Mak berpurdah sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan! Mula-mula dia lepuk, kemudian nak gigit kaki
Ketika berjalan ke keretanya yang berada di sebelah di tempat parkir, dia sempat meninjau individu yang berada di dalam kenderaantersebut.
“Siapa dalam kereta tu? Yang ada kat tempat pemandu adalah ibunya. Dan di tempat duduk penumpang hadapan adalah budak tu,” ujarnya.
Awasilah anak betul-betul. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.
NETIZEN
Bagaimanapun katanya, timbul persoalan dan kebimbanganapabila melihat kanak-kanak kecil itu dibiarkan ke kedai bersendirian.
“Aku nak masuk kereta ni, aku terus terjah budak perempuan yang kecil ni. Aku tanya dia, adik seorang ke?
“Dia jawab, ye seorang je kak. Lepas tu melulu budak tu masuk kedai dan aku terus masuk kereta sambil tengok budak tu.
“Aku fikir ‘Wehgila apa, berani betul kau (ibu kanak-kanak) bagi anak tu jalan seorang pergi beli barang dan biarkan dia macam tu je‘. Pintu kereta tadi pun dia kunci tak bagi budak tu masuk, aku terus ‘jammed’, tak boleh fikir.
Segelintir ibu bapa mengabaikan anak-anak mereka. -Gambar hiasan
Susulan kebimbangannya terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan, dia menggesa semua ibu bapa supaya sentiasa mengawasi dan memantau anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Malah, dia tidak menyangka pertama kali melihat perkara itu berlaku di depan matanya sendiri.
“Awasilah anak betul-betul. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Dah la ada macam-macam kes sekarang.
“Jangan ego tak bertempat, biarkan anak macam tu je. Aku cerita ni sebab tak boleh tengok situasi macam ni. Budak tu kecil lagi kot.
“Kau park kereta. Keluar sekali dengan anak tu boleh kan. Jimat lagi minyak, anak selamat. Barang yang nak pun dapat. Hargailah orang terdekat. Dah jadi baru la nak menyesal,” katanya.