PELAKON Siti Saleha meluahkan rasa syukur apabila diberi penghargaan menerusi trofi Brand Personality Award 2025 anjuran Brand Laureate yang berlangsung di Swissotel, The Stamford, Singapura pada Selasa.
Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 35, memberitahu penghargaan tersebut merupakan hasil kerja keras sepanjang bergelar seorang pelakon.
“Syukur Alhamdulillah, ia adalah anugerah penjenamaan yang mengiktiraf sumbangan saya sebagai pelakon Malaysia serta menghargai jenama saya iaitu Siti Saleha.
Saleha anggap kerja kerasnya membuahkan hasil.
“Syukur sangat sebab juri yang menilai dan saya menerima jemputan terus dari Singapura,” katanya kepada mStar.
Menurut Saleha, penghargaan tersebut juga membuka peluang baharu buat dirinya apabila bakal mengarahkan sebuah telemovie tidak lama lagi.
Malah dia cukup teruja untuk mencabar diri melakukan perkara baharu dalam kariernya.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Saleha menang anugerah ‘Bintang Asia Terbaik’ di Korea Selatan
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai puji baju nikah Siti Saleha cantik, rupanya rekaan suaminya sendiri
“Saya dapat peluang untuk mengarah dan akan menjalani penggambaran sebuah telefilem bulan depan.
“Insya-Allah kalau ada rezeki di situ saya akan gembira dapat jadi pengarah,” luahnya.
Sebelum ini, Saleha berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya memaparkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, 38, menghadiri acara berkenaan di Singapura.
Pada tahun 2024 lalu, Saleha mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!