RSS Suria

Mr. General pun dah buat IG! Dalam masa 2 hari kumpul lebih 60,000 pengikut, peminat nak tahu perkembangan Malique

PENYANYI rap dan komposer Malique mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma pada Selasa lalu.

Hanya dalam tempoh dua hari, akaun Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, dilihat sudah diikuti oleh lebih 63,000 pengikut.

Malique yang sinonim dengan panggilan Mr. General bagaimanapun tidak memuat naik sebarang foto memaparkan wajahnya dalam akaun tersebut.

Malique buka akaun IG rasmi.

Sebaliknya penyanyi lagu Sedih Hati itu hanya berkongsi foto-foto lokasi percutian dan gambar beberapa selebriti yang hadir ke studio rakaman miliknya iaitu Qarma Studios.

Antara foto artis yang dimuat naik Malique ialah Zizan Razak dan Amir Jahari.

Malah dalam setiap hantaran yang dibuat, tiada satu pun kapsyen yang ditulis oleh Malique.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan penyanyi tersebut selepas sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN:‘This Is Johan’ papar kisah sebenar, Joe Flizzow harap Malique ‘enjoy’ jika tonton

ARTIKEL BERKAITAN:Lama peminat tunggu, sekali Malique hantar anak buat kemunculan pertama dalam MV ‘Sedih Hati’… “Ikut bakat ayah dia”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan kemunculan Malique menerusi akaun berkenaan dan berharap akan ada berita baik daripada penyanyi itu buat peminat.

“Saya sangat ternantikan Malique buat kemunculan semula, tolong jadikan mimpi saya ini jadi realiti.

“Tolong Malique, berhenti hilang sebab peminat sangat rindukan kamu.

Amir Jahari dan Zizan Razak antara foto artis yang dimuat naik Malique.

“Walaupun Instagram kena mula daripada bawah, Malique tetap menjadi satu figura lagenda buat kami,” tulis netizen.

Selepas pembubaran kumpulan Too Phat pada 2007, Malique memilih untuk membuat haluan sendiri dan tidak pernah muncul di mana-mana platform media.

Namun sebagai seorang pemain dalam indusrti muzik tanah air, dia masih aktif dalam menghasilkan lagu serta banyak menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir.

Too Phat dibubarkan pada tahun 2007.

Sebelum ini, single Malique berjudul Sedih Hati menarik perhatian ramai selepas video muzik lagu tersebut menampilkan anak sulungnya iaitu Inca Medina yang kini berusia 14 tahun.

Untuk rekod, Malique mendirikan rumah tangga dengan personality televisyen Melissa Maureen pada 8 Ogos 2008.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Inca, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top