RSS Suria

Wanita malu ‘content’ murahan tayang susu badan – “Tak takut ke lelaki terbayang-bayang?”

ZAMAN sekarang,media sosial menjadi platform yang digunakan ramai orang untuk berkongsi pelbagai aspek kehidupan, termasuklah pengalaman bergelar seorang ibu.

Antara perkara baharu yang dikongsi adalah menayangatau berkongsi gambar susu badan yang diperah di media sosial.

Walaupun mungkin sekadar mahu berkongsi pencapaian keibuan atau memberi inspirasi, namun timbul persoalan tentang maruah dan privasisehingga menjadi perdebatan ramai.

Sebagai contoh, ada yang berpendapat bahawa sesetengah perkara peribadi seperti proses penyusuan bukanlah untuk tontonan awam malah dikhuatiri mengundang perkara yang tidak diingini.

Susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pelayar tampil meluahkan pandangannya dan menegur sikap segelintir wanita yang tanpasegan silu berkongsi hasil perahan susu badan bersama warga maya.

“Aku tak tahulah orang lain, tapi aku rasa disturbing gilaorang post content pump susu ni.

“Lepas tu tunjuk lagi susu dia dekat dalam media sosial. Girl, tujuannya untuk apa? Tak rasa malu ke? Itu air susu kau tau” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita terkejut dapat tahu anak ada ‘ibu susuan’, rupanya angkara kakak ipar!

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai tak selesa tengok video isteri cabar suami minum susu badan baru diperah… Ini penjelasan sudut agama, adab

Menurut wanita itu, dia bukaniri hati atau mahu menjadi perosak kegembiraan(joy killer), namun teguran tersebut disuarakan kerana kandungansedemikian tidak selari dengan sensitiviti masyarakat Islam selain dibimbangi boleh mengundang perkara negatif.

Di ruangan komen, warga maya tampil memberi pelbagai reaksi namun majoriti daripada mereka bersetuju dengan pandangan dan teguran individu berkenaan.

Akhir zaman ni kalauboleh semua benda nak tunjuk.

NETIZEN

“Tak takut ke orang lelaki terbayang-bayang benda tu kalau dah sebut ‘susu badan’? Malu woi.

“Tak pernah lagi lapost tunjuk susu badan tu. Banyak je dalam gallery phone. Tapi aku tunjuk pump dan beg susu saja. My susu is too private to share.

“Akhir zaman ni kalauboleh semua benda nak tunjuk. Hilang habis perasaan malu dan maruah seorang wanita demi content,” demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, laman sesawang portal Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa susu ibu tidak termasuk bahagian aurat wanita yang wajib disembunyikan.

Content ‘tayang’ susu badan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak kerana berkaitan sensitiviti. -Gambar hiasan

Namun, perbuatan menayangkan susu ibu di khalayak umum mahupun di media sosial boleh mengundang reaksi negatif dalam kalangan masyarakat dan tidak bersesuaian dengan adat dan kebiasaan setempat.

“Sebagai langkah berhati-hati, para ibu dinasihatkan menyimpan stok susu tanpa mendedahkannya bagi menutup ruang fitnah serta menjaga adab sebagai muslimah yang mementingkan sifat malu,” demikian huraian jawapannya.

Scroll to Top