TIDAK seperti golongan isteri, ‘geng’ suamidilihat lebih memiliki waktu lapang yangmembolehkan mereka menghabiskan berjam-jam melepak di kedai mamak bersama rakan.
Pendek kata, jadual wanita yang bergelar isteri sangat padat apatah lagi bagi mereka yang berkerjaya.
Seorang wanita berkongsi di media sosial mengenai seorang kenalannya yang memiliki suami gemar melepak bersama rakan berbanding isteri atau ahli keluarga sendiri.
Ada isteri setia menunggu suami pulang kerja untuk makan bersama. -Gambar hiasan
“Korang kalau balik dari mana-mana siapa yang akan dicari terlebih dahulu? Jika balik kerja pula bagaimana?
“Biasanya jenis lelaki macam ni (suka melepak dengan kawan-kawan) macam mana kategorinya?
“Yang isteri pun bodoh, tunggu suami dia balik untuk breakfast bersama, lastly suami lepak makan dengan kawan-kawan,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘tak lekat’ di rumah, tiap-tiap malam lepak dengan kawan… Isteri macam tunggul, asyik ditinggal jaga bayi 6 bulan
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjerit-jerit berleter suami asyik ‘healing’ kedai mamak, nak ikut tak boleh – “Setakat sambal sardin aku boleh masak!”
Selain itu dia turut memuat naik tangkap layar perbualan kenalannya dengan suami selepas 12 jam lelaki itu keluar bekerja.
Lelaki itu dilihat memilih untuk melepak dengan kawan-kawan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
Menerusi ruangan komen, dia turut memaklumkanlelaki itu adalah seorang yang bongkak dan sukar untuk ditegur.
Isteri pun bodoh, tunggu suami balik untuk breakfast bersama, akhirnya suami lepak makan dengan kawan.
WANITA
Apa yang membangkitkan kemarahannya adalah tindakan lelaki itu yang seolah-olah tidak menghargai isterinya.
“Lelaki macam ni sekejap je lama-lama nanti miskinlah dia. Lebih lagi dia balik kerja tak pernah belikan apa-apa untuk isteri.
“Diaini lupa Allah beri rezeki asbab adanya isteri yang menumpang dalam hidupnya. Dulu miskin minta (bantuan) isteri, bila senang balik kerja lepak dengan kawan-kawan.
Tangkap layar yang dikongsimencuri tumpuan warganet.
“Suami dia pernah accident, satu pun kawan-kawan tak nampak batang hidung,” katanya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang bependapat lelaki itu masih tidak matang dalam perkahwinan.
“Suami tak settle down lagi ni. Perlu ditegur. Kalau nak lepak je baik berkahwin dengan kawan-kawan jangan ada isteri.
“Aik? Aneh ya. Tunggu sakit nanti tanyalah dia mana kawan-kawan?
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube