BERSEDEKAH sememangnya amalan yang mulia malah sangat digalakkan oleh agama Islam sendiri.
Biarpun begitu, dalam situasi tertentu, seseorang itu tidak berkemampuan untuk memberi kerana perlu mengutamakan perkara lain terlebih dahulu.
Justeru, tindakan atau keputusan mereka seharusnya difahami dan tidak perlu dihakimi oleh sesiapa khususnya orang luar.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar tampil meluahkan pandangan lantaran dirinya pernah berdepan situasi ‘dihakimi’ orang lain kerana tidak bersedekah.
Amalan bersedekah membuatkan pintu rezeki terbuka luas. -Gambar hiasan
“Sedekah adalah secara sukarela. Saya benci apabila orang cuba cetus rasa bersalah dan berkata, ‘tak miskin kalau sedekah’, dengan cara yang sarkastik bila saya cakap tak cukup duit atau tak mahu sedekah.
“Ataupun ayat kesiankanlah anak-anak atau orang tua atau mangsa dan sebagainya.Jadi saya macam so siapa kesiankan aku ni sekarang?” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:“Bodoh, kedekut betul bagi RM1 je!” – Individu tumpah air mata dihina pengemis, terus jadi tak ikhlas… Rasa malu nak bersedekah lagi
ARTIKEL BERKAITAN:Duit ada kurang RM100, tetap nak rasa manis sedekah… Peniaga guna beras di rumah, masak nasi bagi percuma
Individu tersebut menambah, sedekah seharusnya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan bertujuan untuk meraih perhatian mahupun pujian orang.
“Saya bersedekah juga dan saya tak perlu beritahu sesiapa. Dan kalau saya tak mahu pun, itu terpulang kepada saya,” tulisnya.
Nama pun sedekah jadi kena ikut rezeki masing-masinglah.
NETIZEN
Bukan tidak dapat menerima teguran, namun ujar individu itu, dia terpanggil untuk berkongsi pandangan di media sosial agar masyarakat dapat menghormati keputusan seseorang dan tidak melontarkan ayat berbaur sindirantanpa mengetahui situasi orang lain.
Menjengah ruangan komen pula, ramai yang bersetuju dengan pandangan individu berkenaan malah tambah mereka, sedekah sewajarnya diutamakan kepada ahli keluarga terlebih dahulu.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
“Orang yang suka guilt trip ni memang party pooper. Samalah macam spesies ‘baik buat umrah dari pergi Korea’.
“Sama dengan orang yang persoalkan ‘kenapa jemput sikit kenduri, bagi orang makan kan sedekah’. Pernah nampak orang kena kecam sebab dia mampu buat kenduri 300 pax je.
“Setuju, nama pun sedekah jadi kena ikut rezeki masing-masinglah. Tapi itulah, zaman sekarang banyak yang pelik-pelik sahaja mindsetnya,” demikian antara komen netizen.