RSS Suria

Wanita mahu cerai dipaksa tinggal dengan mentua! 6 tahun pengalaman menetap bersama jadi mimpi ngeri

HUBUNGAN antara menantu dan mentua tidak mustahil menjadierat jika kedua-duanya salingmenjaga tutur kata dan tingkah lakuketika tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa tidak mudah untuk melakukannya kerana dugaan tinggal bersama mentua atau menantu biasanya bukan calang-calang.

Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila keluarga suami memaksa dia sekeluargatinggal dengan mentua yang sakit.

Perselisihan faham boleh menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh. - Gambar hiasan

Perselisihan faham boleh menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan

Bukan tidak mahu, tetapi pengalamantinggal bersama mentuannya selama enam tahun sebelum ini sudah cukup membuatkan hidupnyamenderita.

“Saya rasa sudah cuba jadi baik enam tahun tu. Rumah dikelilingi saudara mara, serba tak kena itu ini.

“Adik beradik lain jauh merantau. Hanya Allah yang tahu dahsyatnya hidup di sana,” katanya yang enggan menjelaskan lebih lanjut tentang deritayang ditanggung.

Wanita berkerjaya itu memaklumkan, walaupun sudah berpindah, suaminya amat bertanggungjawab dan sanggup berulang alik selang tiga hari untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram menantu dah 11 tahun bawa anak bini beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan sampai raya ke-3

ARTIKEL BERKAITAN: 3 keluarga huni satu flat… Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik

“Saya datang hujung minggu selang seminggu atau dua minggu. Masih cuba menjadi baik.

“Bila duduk sendiri baru OKdengan suami, tapi masa duduk sana (rumah mentua) macam-macam berlaku,” katanya yang mengakui hubungan dingin dengan suami pulih apabilatidak lagi tinggal bersama mentua.

Katanya, kini sudah dua tahun mereka keluar dari rumah mentua tetapi masih dihina oleh saudara mara suaminya.

Jaga orang tua yang uzur ni suatu kewajipan buat semua anak terutama anak lelaki.

NETIZEN

“Banyak provokasi, perlian dan minta kami pulang ke sana. Tidakhalang suami berbakti, saya hanya mampu datang hujung minggu.

“Sebab tu saya macam tak dapat terima dan tak nak beralah,” katanya.

Wanita itu juga bertanya kepada warga maya, adakah dia perlu minta diceraikan kerana tidak sanggup dihina oleh saudara mara sebelah suami.

Reaksi netizen

Reaksi netizen.

“Tak patut minta cerai kes macam ni walaupun boleh je kalau nak minta. Jaga orang tua yang uzur ni suatu kewajipan buat semua anak terutama anak lelaki.

“Isteri juga boleh dapat pahala kalau bantu suami jaga ibu bapa dia. Memang sukar, tapi ganjarannya banyak,” antara komen netizen.

Bagaimanapun ada juga warganet yang menyentuh tentang kewajiban seorang suami menyediakan tempat tinggal yang selesa buat isteri.

“Kediaman asing untuk isteri ialah hak mutlak isteri. Jika suami gagal sediakanrumah asing, kira suami gagal sediakan nafkah tempat tingal.

“Gagal tunai nafkah salah satu sebab isteri berhak tuntut fasakh.

“Dah pernah rasa dulu bertapa jahatnya keluarga mentua layan masa tu sarat mengandung cukup-cukup dibuli,” kongsi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top