RSS Suria

Tuan rumah ‘putar alam’, nak potong deposit baiki atap bocor! Pemuda menyesal sewa kediaman usia ‘jubli emas’

HAJAT di hati mahu berpindah keluar dari rumah sewa dengan aman, tapi lain pula jadinya.

Sebagai penyewa, pemulanganwang deposit tentunya penting kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lain.

Namun seorang pemuda kesal dengan tindakan pemilik rumah yang enggan memulakan keseluruhan wang deposit miliknya itu.

Menurutnya, dia berpindah ke kediaman lain kerana tidak mahu menyambung perjanjian penyewaan (TA) dengan pemilik rumah sewa sebelum ini.

Setiap penyewa mahu keselesaan apabila berada di rumah. -Gambar hiasan

“Tuan rumah ni buat hal, nak potong deposit aku sebanyak mungkin.

“Apabila aku pindah (keluar), tuan rumah hantar WhatsApp beritahunak potong deposit sebab nak touch up balik dinding basah, atap bocor dan baiki singki,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyewa berputih mata tuan rumah enggan pulangkan deposit 8K! Rimas didesak, terus block nombor telefon

ARTIKEL BERKAITAN:Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir… Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu

Tanpa menjelaskan jumlah wang deposit yang patut diterimanya, dia bagaimanapun mengakui rumah sewa itu sudah bermasalah sejak hari pertama dia menghuninya.

“Rumah sewa lama aku ni dah usang sikit, bina sejak 80-an. Memang dah banyak kerosakan, dinding basah, atap bocor, singki rosak, kipas lama.

Aku dah bersihkan dan baiki yang mana boleh guna duit aku.Selama ni aku tak pernah claim dengan dia pun.

BEKAS PENYEWA

“Semua aku dah beritahu tuan rumah, ada dia baiki? Dia biarkan,” ujarnya.

Lebih menyakitkan hati, katanyatuan rumah cuba berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan dek keranaenggan membayar balik deposit kepadanya.

Penyewa yang berpindah keluar dari rumah sewa mahu mendapatkan semula wang deposit. -Gambar hiasan

“Kipas siling aku dah cuci, tapi dia cakap masih kotor dan ada karat. Jadi, dia nak caj aku bersihkan kipas.

“Sebenarnya itu kipas lama dan cuci dah banyak kali pun tak hilang,” jelasnya.

Bercerita lanjut, dia turut mendedahkan kebanyakan pembaikan yang dibuat di rumah sewa itu menggunakan wangnya sendiri, tanpa mengharapkan pemilik menanggung kos sepanjang tempoh sewaannya.

Sikap tuan rumah yang tidak bertanggungjawab terhadap rumah sendiri sememangnya menyusahkan para penyewa.

“Aku memang panas hati sebab dia nak potong deposit untuk baiki rumah dia tu. Untuk makluman, rumah ni aku dah bersihkan dan baiki yang mana boleh guna duit aku.

“Selama ni aku tak pernah claim dengan dia pun. Patut ke aku kena potong deposit banyak?” soalnya yang masih mengharapkan wang deposit berkenaan.

Scroll to Top