RSS Suria

[V] Lelaki berkumis tebal suami baharu Bonda Rozita? Menantu tak berani buka mulut, suruh tanya tuan badan

KETIKA ini kecoh di media sosial apabila netizen mula bercakap tentang ibu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang dikatakan sudah berkahwin lagi.

Apatah lagi Rozita, 60, sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suami namun dia tidak pernah menghebahkan tentang hal itu kepada umum.

Menantunya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bagaimanapun berkata dia bukan individu yang layak untuk membuat sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Tidak menafikan atau mengiyakan, Shahida sebaliknya meminta soalan itu diajukan sendiri kepada Rozita.

Rozita didakwa sudah bercerai dan berkahwin baharu.

“Sebenarnya saya tidak mahu ulas tentang hal ini kerana ia merupakan soal peribadi.

“Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri yang buka cerita.

“Saya tidak layak bercerita tentang soal ini kerana saya hanya seorang menantu. Saya tidak boleh banyak bercakap kerana isu ini sangat sensitif,” katanya kepada mStar.

Shahida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu raya dan muzik video Gen-Z pada petang Jumaat di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Bengang dituduh guna ilmu hitam untuk awet muda, ibu Aliff Syukri saman TikToker setengah juta

ARTIKEL BERKAITAN:Shahida lega bukan kanser, anak perempuan Aliff Syukri dijangkiti bakteria daripada kucing

Ditanya mengenai berita penceraian Rozita yang menjadi spekulasi ramai, usahawan tersebut turut memilih untuk mengunci mulut.

Sebaliknya kata Shahida, sebagai anak mereka hanya mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa mengecapi kebahagiaan mereka sendiri.

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa… sebab sebagai anak kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.

“Sudah tentu kita mahukan ibu bapa kita gembira dan bahagia. Jika itu (perkahwinan) yang buatkan dia bahagia, Alhamdulillah kita bersyukur,” ujarnya.

Shahida ketika ditemuipada sidang media pelancaran lagu raya dan muzik video Gen-Z.

Spekulasi tentang Rozita menemui cinta baharu mula timbul selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Telahan semakin rancak apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam juga dikatakan turut meninggalkan komen pada sesi siaran langsung tersebut dengan memanggil Rozita sebagai ‘kakak iparku’.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamkan.

Malah lelaki sama juga muncul di Instagram story Rozita yang ketika ini berada di China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top