IBU bapa perlu sentiasa berwaspada dalam menjaga anak-anak yang masih kecil kerana mereka cenderung memasukkan benda bukan makanan ke dalam mulut.
Sikap ingin tahu tanpa memahami risiko ini sudah pastinya boleh membawa kepada kejadian tak diingini atau masalah kesihatan yang serius.
Di aplikasi TikTok, seorang doktor perubatan berkongsi satu kes yang menimpa pesakit lelaki berusia empat tahun.
Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk memasukkan segala benda dalam mulut mereka. -Gambar hiasan
Menurut Dr Aiman Latif, kanak-kanak itu mengalami sakit perut, namun ujian awal mendapati dia tidak mengalami masalah apendiks.
“Minggu lepas ada seorang budak lelaki umur empat tahun datang ke klinik sambil memegang perut belah kanan. Ibunya nampak cemas, takut keradangan apendiks.
“Tapi pelik, tiada demam, tiada muntah, sakit pun tidak beralih tempat. Bila saya tekan perut, tiada tanda ‘rebound tenderness’ yang biasa ada jika apendiks menyerang.
Kalau mainan tu jenis tak hancur dan bentuk smooth je, doktor akan tunggu keluar sendiri.
DR AIMAN LATIF
“Ujian darah (full blood count) pun normal. Rasa ada sesuatu yang tidak kena. ‘Alvarado score’ pun tidak cukup tinggi untuk mengesahkan ‘appendicitis’,” tulisnya.
Disebabkan itu, Dr Aiman berkata dia terpaksa membuat imbasan X-ray ke atas kanak-kanak berkenaan sebelum menemui jawapan berbeza.
Selepas keluar hasil imbasan dan kanak-kanak itu ditanya kejadian sebenar, dia akhirnya mengaku tertelan mainan yang diperbuat daripada magnet.
ARTIKEL BERKAITAN:Ramadan terasa sunyi, Bapa kanak-kanak tercekik ‘gummy’ tak lupa momen akhir dengan arwah – “Dia berpaling tengok saya, senyum saja”
ARTIKEL BERKAITAN:Baru keluar berjalan, ‘anak’ buat hal sakit perut dalam kereta! Keletah ‘daddy’ teman si bulus berak tepi jalan tarik perhatian
“Hasilnya, jelas kelihatan benda asing dalam perut. Selepas ditunjukkan X-ray, budak tu baru mengaku dia tertelan mainan berbentuk, magnet kecil yang melekat bersama,” ceritanya lagi.
Menjawab soalan netizen, Dr Aiman berkata terdapat dua solusi untuk masalah itu, namun ia bergantung kepada objek yang berada di dalam tubuh pesakit.
Ibu bapa berdepan cabaran untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar.
“Akan tengok bentuk dan jenis mainan tu. Kalau mainan tu jenis tak hancur dan bentuk smooth je, doktor akan tunggu keluar sendiri.
“Tapi kalau bentuk dia besar dan mudah tersekat, perlu scope atau operation,” kongsinya lagi.
Dalam hantaran itu, Dr Aiman turut berkongsi tangkap layar imbasan X-ray milik kanak-kanak berkenaan.
Perkongsian di TikTok itu sehingga kini menerima hampir 70,000 tontonan.