KATA orang apabila sudah berumah tangga layanlah keluarga mentua sama seperti melayan keluarga sendiri.
Dalam hal ini amat beruntung jika mentua danmenantu saling memahami antara satu sama lain.
Hakikatnya, tak semua hubungan mentua dan menantu itu indah belaka yang mana banyak faktor menyebabkan hubungan tidak terjalin dengan baik.
Di media sosial seorang wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabilamendakwa ibu kepadaisteri lebih mengambil berat terhadap keluarganya berbanding emakmentua yang lebih gemar mencari salah menantu perempuan.
Keluarga harmoni wujud apabila masing-masing saling menghormati. -Gambar hiasan
“Pelik kan bila dah kahwin mak belah isteri lebih mengambil berat dan banyak membantu anak menantu sementara nak stabil dalam ekonomi.
“Mak belah suami kebanyakan menganggap menantu seperti saingan,” katanya.
Lebih mencetuskan kontroversiapabila wanita itu mendakwa ibu mentua bukan sekadar suka mencari salah menantu perempuan, malah cenderung mencanang cerita tidak baikkepada saudara mara.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang ibu mertua juga pakai ‘gaun pengantin’ pada majlis kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci
“Bukan setakat tak membantu, ada sajabenda tak kena. Ada sajanak dibuat modal mengumpat dekat saudara mara yang lain. Kenapa?” soalnya yang hairan dengan sikap demikian.
Bagi warga maya, mereka tidak bersikap ‘pukul rata’ sebaliknya berpandangan situasi itu mungkin dihadapi segelintir menantu seperti dirinya.
Warganet berkata, masih ada menantu perempuan direzekikan denganibu mentua yang sangat baik dan sentiasa memudahkan anak, menantu.
Pasti ada hikmah dan pengajaran untuk kita bila sampai giliran kita menjadi mentua pula.
NETIZEN
“Alhamdulillah tidak berlaku kepada saya. Kedua-dua keluarga sangat membantu. Malah, ibu mentua saya terlalu banyak tolong kami dan selalu sebelahkan saya.
“Semoga yang tak bernasib sabar dan reda. Pasti ada hikmah dan pengajaran untuk kita bila sampai giliran kita menjadi mentua pula.
“Mak mentua dan ibu saya kedua-duanya banyak bantu kami sementara kami dalam fasa nak stabilkan ekonomi. Alhamdulillah, syukur. Semoga kedua ibu, ayah dan mak, abah mentua saya dilimpahi rezeki yang melimpah ruah,” demikian antara komen wanita yang sudah bergelar menantu.
Reaksi netizen
Selain itu, ada juga warga maya mendakwa mereka turut melalui keadaan yang sama dan berharap wanita itu bersabar.
“Betul, pernah melalui mak sendiri yang banyak membantu tapi belah ex (bekas suami) banyak iri hati, dengki, mengata dan fitnah.
“Selalunya begitulah, diharapkan generasi mak-mak mentua di masa hadapan tak macam tu. Semoga semua anakperempuan kita dipertemukan dengan mak mentua yang baik, malah sangat baik melayan anak-anak perempuan kita macam anak sendiri,” kata beberapa warga maya lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube