RSS Suria

Sebak tengok makcik tua jalan kaki tengah panas terik! Termengah-mengah tarik troli barang, seriau selisih kereta tengah laju

SEMPENA kedatangan Ramadan yang kebetulan jatuh pada hari minggu, tentunya ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut bersama keluarga.

Namun dalam keterujaan menyambut Ramadan, jangan kita lupa bahawaada insan yang sedang dalam kesusahan.

Menyaksikan sendiriseorang wanita yang sudah berusia berjalan kaki sendirian sambil menarik troli membawa barangan makanan cukup menyentuh perasaan seorang wanita.

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita berkenaanmerakam kelibatmakcik tua itu di Kulai, Johor ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampung.

Wanita itu memaklumkan kejadian berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Semoga dipermudahkan urusan makcik ni. Terjumpa makcik ni bawa barang-barang, kata nak balik rumah, katJalan Kulai.

“Keadaan panas terik, jalan sendiri,” tulisnya menerusi satu hantaran video berdurasi 40 saat itu di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Makcik ‘cleaner’ jalan mengengsot enggan ke hospital, tetap kerja ‘shift’ 12 jam… Rupanya takut tiada gaji kalau dapat cuti sakit

ARTIKEL BERKAITAN:Dua beranak kongsi payung jalan kaki tengah panas! Anak nak pergi temuduga, ibu ikut harap ada kerja kosong

Wanita yang dikenali sebagai Aizan Ismail itu mengakui sedih melihat keadaan makcik tersebutyang berjalan bersendirian di tengah panas.

“Sedih tengok makcik tu, termengah-mengah berjalan. Dalam bakul dia tu ada beberapa biji telur.

Kasihan makcik untuk teruskan kehidupan dalam kesusahan.

NETIZEN

“Kasihan sangat masa tu. Keadaan panas terik dan kereta laju-laju. Nampak dia letih sambil tariktroli dia,” ujarnya.

Bersimpati dengan makcik itu, Aizan memaklumkan dia menawarkan bantuan untuk menumpangkan wanita tersebuttersebut dan menghantarnya pulang ke rumah.

Antara komen netizen.

Walaupun dipelawa berkali-kali, namun makcik tersebut tetap menolak bantuannya secara baik.

“Ajak naik kereta tapi makcik tu menolak banyak kali. Akhirnya teman sekali jalan kaki sebab rumahnya depan tu je.

“Sebab makcik tu tak naik ikut naik kereta. Kasihan sebab panas-panas terik, dia jalan seorang diri,” tambah Aizansehingga perkongsiannya mengundang sebak netizen.

Berdasarkan barang makanan yang dibawa di dalam troli, segelintir netizen beranggapan makcik itu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan.

“Persiapan Ramadan kali ni. Semoga makcik sentiasa dalam lindungan Allah.

“Letakkan makcik tu di tempat mak kita. Andaikan dia seperti mak kita yang sedang mencari rezeki.

“Kasihan makcik untuk teruskan kehidupan dalam kesusahan,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top