WARNER Music Malaysia (WMM) bakal membekalkan lagu runut bunyi atau OST untuk filem-filem terbitan tempatan sebagai salah satu perancangan untuk tahun 2025.
Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura iaitu Dinesh Ratnam berkata, ia sekali gus dapat memperluaskan peluang pemasaran bagi industri tempatan dalam bersaing di persada antarabangsa.
Dinesh memberitahu WMM turut berkerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam merialisasikan perkara tersebut.
“Pelaburan bersama Finas dalam penerbitan filem mewujudkan peluang kepada artis tempatan dalam runut bunyi, serta menyokong persembahan artis antarabangsa.
Rangkaian global WMM bantu Finas promosi filem tempatan di peringkat antarabangsa.
“Ini sebahagian komitmen WMM untuk mengintegrasikan muzik dengan pengalaman budaya yang lebih luas menerusi rangkaian global dimiliki,” katanya.
Bagi merialisasikan impian itu, WMM sedang memberi fokus memilih filem berkualiti untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Malah Dinesh melihat penglibatan artis naungan Warner Music di luar negara boleh memainkan peranan penting dalam strategi pemasaran sesebuah filem.
Dinesh memberitahu sepanjang 2024, WMM mencapai pelbagai pencapaian dalam industri muzik.
Dalam perkembangan lain, WMM telah menjalin kerjasama dengan Metrowealth Pictures melalui lagu Di Kala Malam nyanyian Zynakal yang dijadikan runut bunyi (OST) bagi filem Dajal: Satu Malam Dipedajal.
Sementara itu, Dinesh memberitahu sepanjang 2024, WMM mencapai pelbagai pencapaian dalam industri muzik secara signifikan terhadap landskap industri muzik yang sedang berkembang.
Ini termasuk penganjuran Futureland Festival di Stadium Merdeka yang menarik kehadiran 20,000 peminat selain Warner Music Fest 2024 menjelajah lapan universiti, menjangkau lebih 7,000 pelajar.
ARTIKEL BERKAITAN:Bukan lagi artis Warner Music… Kaka Azraff kini terbuka terima tawaran syarikat rakaman lain
ARTIKEL BERKAITAN:Kaka Azraff bukan lagi artis Warner Music, kata-kata tidak sopan dalam mesej punca digugurkan
Selain itu beberapa artis naungan WMM turut menguasai carta termasuk Masdo muncul sebagai artis kedua paling banyak distrim dan menjadi kumpulan nombor satu di Spotify.
Tidak cukup dengan itu, Masdo menunjukkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah di MTV EMA.
Manakala penyanyi Sarah Suhairi pula muncul sebagai artis Radar Spotify Teratas Malaysia menerusi lagu hit Sah.
Sah turut muncul sebagai lagu ketiga paling banyak distrim di spotify Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!