RSS Suria

Ramai setuju bapa Gen Y rajin tukar lampin anak, lebih bertanggungjawab… Beza sangat cara ayah zaman dulu

GOLONGAN lelaki sering dianggap pemalas dalam menguruskan hal berkaitan anak-anak terutama ketika anak masih kecil.

Boleh dikatakan semua perkara seperti menukar lampin, memandikan anak dan membancuh susu diserahkan sepenuhnya kepada golongan ibu.

Namun menurutseorang wanita, perkara itu ada kebenarannya pada 20 ke 30 tahun yang lalu tetapi kini tidak lagi.

Lampin pakai buang perlu kerap diperiksa bagi keselesaan bayi. -Gambar hiasanLampin pakai buang perlu kerap diperiksa bagi keselesaan bayi. -Gambar hiasan

Jelasnya, golongan bapa generasi milenial atau Generasi Y (Gen Y)yang lahir antara tahun 1981 hingga 1996 lebih gemar menguruskan anak-anak berbanding bapa mereka.

“Ayahmilenial sekarang ni luang tiga kali ganda lebih banyak masa dengan anak masing-masingberbanding ayah mereka dulu.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakar jantina dakwa ibu bapa harus minta izin bayi sebelum tukar lampin

ARTIKEL BERKAITAN:Adik ipar buat ‘kepala’ sendiri, pandai-pandai rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian… Ramai risau kes pedofilia!

“Bayangkanpada tahun 1982, 43 peratus ayah tak pernah pun tukar lampin. Sekarang, angka tu dah menurun sekitar tiga peratus sahaja,” kongsinya di media sosial.

Jelas wanita itu, dia bukan membuat andaian sendiri berkaitan perkara terbabit, sebaliknya ia diperoleh daripada data Pew Research Centre.

Ayah saya kurang ambil bahagian dalam bab jaga anak tapi dia sangat bertanggungjawab.

NETIZEN

Perkongsian berkenaandisokong golongan wanita kerana menurut mereka sikaplelaki era kini jauh berbeza ketika zaman bapa mereka.

“Bapa-bapa muda ramai yang boleh masuk dapur, kemas rumah dan jaga anak bersama. Apabila ditanya, rata-rata jawab sebab tak nak jadi macam bapamereka.

Reaksi netizenReaksi netizen

“Ni memang diakui mak saya sendiri apabila tengok suami saya jaga anak-anak. Cuma mak cakap ayah banyak kerja kejap ke ladang, kejap ke kebun sebab tu jarang dengan anak.

“Saya tengok ayah saya kurang ambil bahagian dalam bab jaga anak. Tapi dia sangat bertanggungjawab cuma bukan tahap tukar lampin,” kata warga maya.

Scroll to Top