SIAPA sangka wanita pilihan pelakon Nadhir Nasar rupa-rupanya yang berasal dari Kelantan.
Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara spontan tentang jodoh.
Tanpa berfikir panjang, aktor berkenaan menjawab dia mahukan jodoh yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Nadhir terbuka ditanya tentang jodoh.
“Kelantan. Jangan lupa ya bawa mak awak ke rumah saya,” ujarnya ringkas sambil tersenyum.
Nadhir berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok Sooka Malaysia.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini ditanya dengan soalan-soalan berhubung bulan Ramadan dan Aidilfitri.
ARTIKEL BERKAITAN:Nadhir Nasar belum fikir soal jodoh, terkejut gosip putus cinta… Mahu berbakti kepada ibu bapa dahulu
ARTIKEL BERKAITAN:Aksi kanak-kanak terbaring di atas jalan curi perhatian, rupanya merajuk tunggu Nadhir Nasar
Bagaimanapun jawapan berkenaan calon jodoh yang diajukan kepada Nadhir berjaya menarik perhatian netizen di ruangan komen.
Ramai wanita tiba-tiba mengaku berasal dari Kelantan demi mendapat perhatian pelakon berkenaan.
“Assalamualaikum Abe… Saya memang anak jati Kelantan dan memang tengah cari jodoh.
“Saya lahir di Kelantan, sekarang duduk Kuala Kangsar, Perak tapi hati tiba-tiba rasa bahagia kenapa eh?
“Saya asal Puchong, mak saya orang Kelantan. Kira jalan tak ni?,” antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!