MENERUSKAN tradisi di bulan Ramadan, penerbit Datuk A. Aida sekali lagi mengadakan program edaran bubur lambuk sebagai tanda berkongsi rezeki.
Tidak hanya bersedekah, bagi A. Aida atau Zaidah Awang, 55, aktiviti sebegini dapat mengeratkan ukhwah selain memeriahkan lagi kemuliaan bulan puasa.
“Saya sudah buat program ini sejak 2016. Bukan hanya edar bubur lambuk, kita juga sampaikan sumbangan buat golongan memerlukan.
Saifuddin Nasution (tiga dari kanan) turut memeriahkan program edaran bubur lambuk di Putrajaya.
“Dalam masa sama kita mahu bangkitkan kemeriahan suasana menyediakan bubur lambuk.
“Ada juga program sampingan laim seperti tazkirah sebagai perkongsian ilmu,” katanya kepada mStar.
A. Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara memasak dan agihan bubur lambuk di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Boikot selama 3 tahun, hubungan ‘adik kakak’ A. Aida dan Ruhainies kekal baik
ARTIKEL BERKAITAN:A. Aida tak selesa suami orang jeling gatal, pesan jaga kelakuan depan isteri… Lainlah kalau bujang!
Aktiviti memasak juadah berkenaan berlangsung sejak Ahad dengan 30 periuk bubur lambuk disediakan.
Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban yang sama-sama mengedarkan bubur lambuk.
Antara rakan artis yang hadir adalah Datuk Hattan, Bella Astillah, Uqasha Sensrose, Shahz Jazle dan Nadia Brian.
Zulhuzaimy mengagihkan bubur lambuk kepada petugas Jabatan Imigresen di Putrajaya.
Turut memeriahkan acara juga rakan artis seperti Liza Abdullah, Aleza Shadan dan Zulhuzaimy.
Menerusi kerjasama tahun ini, A. Aida yang merupakan pembekal kandungan saluran Salam HD di Unifi TV mengedarkan lebih 3,000 bekas bubur lambuk kepada kaki tangan di Jabatan Imigresen sekitar Selangor.
Malah sebahagian daripada juadah itu turut disumbangkan kepada beberapa masjid terpilih seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.
A. Aida meneruskan tradisi Ramadan dengan berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan.
Bercakap lanjut mengenai acara itu, A. Aida menganggap amalan sedekah sebagai doa bagi menghindarkan pelbagai penyakit.
“Saya sentiasa ingat pesan arwah ayah, kalau kita bersedekah insya-Allah kita akan diberikan kesihatan yang baik.
“Syukur dalam usia begini saya masih sihat dan bertenaga. Itulah saya selalu doa apabila buat kerja amal,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!