RSS Suria

Ellie Suriaty setuju jumpa Imran Bard ‘face to face’, penentu teruskan saman atau maafkan

PELAKON Ellie Suriaty bersetuju untuk berjumpa dengan pempengaruh Imran Bard dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.

Bagaimanapun Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berkata, ketika ini Imran masih berada di kampung halamannya di Kluang, Johor dan akan bertemu apabila dia pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa namun sekarang dia masih berada di kampung.

Hantaran di Instastory Ellie pada petang Isnin.

“Insya-Allah perjumpaan kami akan diadakan sekembalinya dia ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Ellie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Ellie menegaskan pertemuan itu nanti bakal menjadi penentu sama ada dia akan meneruskan saman terhadap pempengaruh itu atau sebaliknya.

Kata Ellie, semuanya bergantung kepada niat Imran apabila mereka bertentang mata dan berbincang mengenai isu yang timbul.

ARTIKEL BERKAITAN:Imran Bard menyesal, kali ini betul-betul ikhlas minta maaf… Dah mesej Ellie Suriaty tapi tak balas

ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty menangis nama jadi bahan ketawa, anak-anak dibuli gara-gara video Imran Bard

“Ingin saya tegaskan sesi pertemuan ini akan menjadi penentu sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya.

“Ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf Imran terhadap saya,” jelasnya.

Pada 20 Februari lalu, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.

Imran masih berada di kampung halaman.

Justeru, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Imran bagaimanapun menunjukkan sikap acuh tidak acuh ketika memohon maaf di dalam video TikTok miliknya selain memberitahu ibunya tidak dapat bertemu Ellie kerana sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 26 Februari, Imran menyatakan dirinya menyesal dan sudah memohon maaf kepada Ellie secara peribadi di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top