RAMAI tak sabarmenantiwaktu petang sepanjang bulan Ramadan kerana mahu berkunjung ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.
Sebut sahaja apa yang diingini, hampir kesemuanya ada dijual di sana.
Dalam keterujaan untuk membeli lauk di sebuah gerai di bazar Ramadan, seorang pemuda tidak terkejut dengan harga makanan yang perlu dibayar.
“Aku singgah gerai di bazar tadi. Aku tanya, bang bagi bihun tu, bagi dengan seketul ayam tu ya bang.
“Di tangan terlipat kemas antara RM6 ke RM7. Berapa la sangat harga ‘tapau’ kecil tu kalau difikirkan,” kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial tanpa mendedahkan lokasi bazar Ramadan tersebut.
Peniaga membungkusmakanan untuk para pelanggan. -Gambar hiasan
Namun, dia terkejut sebaik dimaklumkan harga sebungkus bihun goreng berlaukkan seketul ayam.
“10 ringgit, abang tu senyum menghulur tapau. Duit tadi aku simpan. Cari ‘penambah’ duit dalam poket.
“Rasa hiba seketika, mengenang orang lain yang wang sakunya perlu dibahagi rata untuk isteri dan anak kecil yangtidak mengerti apa. Moga anda semua, Allah berikan kekayaan yang luar biasa,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gerai tak laku, peniaga bazar buat permintaan aneh… Persoalan terjawab selepas pelanggan datang sekali lagi esok hari
ARTIKEL BERKAITAN: Dah beratur 20 minit nak beli martabak, lelaki Cina terkejut kena ‘sound’ pakcik di belakang… Nasib baik peniaga pasang telinga!
Mengulas lanjut, dia menjelaskan bahawa barisan beratur di gerai berkenaan agak panjang sambil mendakwa peniaga tersebut tidak meletak atau mempamerkan tanda harga.
“Itu bazar, yang beratur bukan tiga atau empat orang. Di kawasan kami, jadi budaya bazar lauk kaut tak letak harga.
Saya tak merungut pasal harga dia.
PELANGGAN BAZAR RAMADAN
“Tak manis rasanya mahu berdebat dengan abang tu di khalayak ramai, ditonton oleh orang ramai. Benda makan kan, hari ini tahu esok tak payah pergi lagi,” katanya.
Dia berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen mengapa dia tidak menegur peniaga tersebut kerana menjual makanan pada harga mahal.
Banyak wang dibelanjakan untuk komitmen bulanan. -Gambar hiasan
Malah ada yang berpandangan kenapa tidak batalkan saja pembelian sekiranya merasakan harga yang ditetapkan peniaga itu tidak munasabah.
“Abang (netizen) ni jenis yang tapau nasi campur, peniaga tu cakap harga tertentu, dan abang akan cakap ‘Eh, mahalnya!‘ dan lepas tu abang blah (beredar), tinggalkan dan tak bayar.
“Maaflah bang, saya masih mampu bayar RM10,” tambahnya.
Tegasnya, dia bukan merungut mengenai harga makanan yang dijual, tetapi lebih bersimpati dengan nasib pelanggan lain yang kurang berkemampuan jika berada dalam situasi sepertinya ketika itu.
“Saya tak merungut pasal harga dia. Saya kasihan orang yang duitnya tak berapa nak banyak lepas tu dengan kadar harga begitu, berapa yang perlu dia belanja sehari di bazar Ramadan,” katanya lagi.