TANPA berselindung penerbit Datuk A. Aida memberitahu sedang mengenali hati budi seorang lelaki berstatus ahli politik berusia 56 tahun.
Mula berkenalan sejak Julai tahun lalu, kata A. Aida, 55, wajah menawan dan kematangan lelaki berkenaan membuatkan dia terbuka kembali menerima kehadiran seseorang di dalam hati.
“Kita mestilah pandang wajah dulu selain itu saya rasakan dia seorang yang matang.
“Saya pernah berdoa agar jodoh terakhir saya dengan lelaki seusia, biarlah kami tua bersama.
A. Aida harap kembali bertemu jodoh.
“Sekarang ini masih kenal hati budi. jika ada jodoh, insya-Allah menjadi. Doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.
A. Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin.
Dalam pada itu, A. Aida menegaskan lelaki berkenaan bukan berstatus suami orang sekali gus menolak tanggapan dia seorang perampas.
Kata A. Aida sudah menjadi prinsipnya untuk tidak meruntuhkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida edar 3,000 bekas bubur lambuk… Teruskan amalan sedekah, doa dijauhkan penyakit
ARTIKEL BERKAITAN: Anak A. Aida tak akan dapat satu sen pun kalau kahwin senyap-senyap, buang nama sebagai penerima wasiat
“Prinsip saya tidak akan ambil suami orang. Saya tak mahu sakitkan hati wanita lain.
“Dia duda anak dua. kami sama-sama single dan apa salahnya kenal rapat,” jelasnya.
Sementara itu, A. Aida memberi tempoh untuk lelaki berkenaan menurunkan berat badan sebleum mereka merancang berkahwin.
Bukan syarat berat tetapi baginya penampilan dan kesihatan antara kriteria penting dalam memilih pasangan hidup.
Prinsip saya tidak akan ambil suami orang. Saya tak mahu sakitkan hati wanita lain
DATUK A. AIDA
PENERBIT
“Saya paksa dia pergi gim. Beri tempoh untuk dia turunkan berat badan, barulah cakap soal kahwin.
“Saya sendiri sangat mementingkan senaman dan kesihatan,” ujarnya.
Untuk rekod A. Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan hasil daripada kesemua hubungan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Perkahwinan A. Aida dengan penyanyi Ameng pada 1994 dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Aleesya, 29 dan Wan Natasha yang kini berusia 24 tahun.
Pasangan itu bercerai pada 2003.
A. Aida mencari lelaki untuk kongsi usia tua bersama.
Penerbit itu juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis selepas bercerai dengan vokalis kumpulan Spring itu namun butiran perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.
A. Aida kemudiannya bertemu jodoh dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 namun mereka bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang kini berusia 16 tahun.
Selepas lima tahun hidup menjanda, A. Aida sekali lagi berkahwin dengan aktor Ariff Aziz pada 2018 namun rumah tangganya itu hanya bertahan selama 10 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!