STESEN radio Era tampil membuat permohonan maaf selepas tular video menyaksikan penyampainya menari seolah-olah mempersendakan agama Hindu.
Dalam satu kenyataan, pihaknya juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama selain lebih peka dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.
“Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India.
Kenyataan permohonan maaf Era.
“Selepas ini kami akan pastikan insiden yang sama tidak akan berulang dan kami kekal sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling,” jelas kenyataan berkenaan.
Permohonan maaf itu dibuat secara terbuka dan dimuat naik di semua sosial media rasmi stesen berkenaan.
Isu ini timbul selepas salah seorang penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dilihat sakan meniru satu aksi tarian berkaitan keagamaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil buat hal lagi, tak sengaja kongsi aurat isteri ketika video call – “Saya nampak dia macam bertudung”
ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman isteri tanpa hijab video lama, Nabil Ahmad tertekan ‘post’ sebab tak reti guna IG
Ia menjadi perkara yang kurang disenangi kerana dianggap mempersendakan agama Hindu apabila turut disambut dengan sorakan rakan-rakan lain.
Perkara tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan masyarakat berbangsa India di Malaysia.
Aksi tarian Azad yang kurang disenangi.
Sementara itu, tiga orang barisan penyanyi iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad sendiri juga tampil mengakui kesilapan mereka.
Selain memohon maaf, mereka juga terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan pandangan orang ramai.
“Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami terutama daripada pendengar setia,” luah Azad.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!