PELAKON Julia Farhana berdepan detik cemas apabila dirinya hampir pitam akibat masalah klaustrofobia iaitu perasaan takut atau fobia ketika berada dalam ruangan sempit.
Cerita Julia atau Julia Farhana Marin, 31, ketika itu dia tergesa-gesa hendak ke surau tanpa menyedari dia memasuki lif bersendirian tanpa teman.
“Saya rakam video ini sebab saya sedang bergelut dengan klaustrofobia.
Julia cuba bertenang ketika bersendirian di dalam lif.
“Saya tergesa-gesa nak pergi surau, masuk lif laju, kunci diri saya dalam dan saat ia bergerak perlahan… saya panik.
“Saya baru sedar saya terkunci dalam ruang sempit tanpa ada tempat untuk pergi,” katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan dia bersendirian semasa berada di dalam sebuah lif.
ARTIKEL BERKAITAN:Julia Farhana dedah wanita berani goda suami depan matanya, tak risau kesetiaan Dr Che Hafiz
ARTIKEL BERKAITAN:Julia Farhana belum sedia timang anak, pakai alat perancang keluarga… Fokus belajar sampai PhD
Menurut Julia, disebabkan berasa cemas dia mengalihkan perhatian dengan merakamkan keadaan lif yang bergerak ketika itu.
Pun begitu, dia bersyukur kerana masih boleh melihat pemandangan luar lif sekali gus memberinya sedikit ruang untuk bernafas.
“Saya rakam diri sendiri supaya saya boleh tenang dan sibukkan diri, nasib baik pintu lif semua kaca.
Julia akui tak selesa bersendirian bila keluar rumah.
“Kalau tidak… mereka mungkin akan jumpa saya terbaring di situ sebab itu kalau ke mana-mana saya suka berteman dan menemani. Kita tak pernah tahu,” ujarnya.
Sekadar info, klaustrofobia merujuk kepada ketakutan yang melampau atau kebimbangan terhadap ruang sempit dan tertutup.
Mereka yang menghidap klaustrofobia akan berasa cemas atau panik apabila berada di dalam situasi seperti lif, bilik kecil, atau tempat yang terkurung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!