RSS Suria

Polis terima 44 laporan, deejay ‘3 Pagi Era’ ke Bukit Aman bantu siasatan persenda upacara agama

TIGA penyampai radio Era FM dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin, pihaknya turut memanggil tiga lagi kaki tangan stesen berkenaan.

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin mengesahkan enam orang kakitangan dipanggail ke Bukit Aman.

Menurut Razarudin, sebanyak 44 laporan diterima polis di seluruh negara melibatkan isu berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara terperinci terhadap tiga penyampai radio itu selepas tular video menyaksikan mereka menari seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

ARTIKEL BERKAITAN:Munabella dan Namie isi ‘kekosongan’ segmen 3 pagi Era

ARTIKEL BERKAITAN:Penyampai 3 pagi Era direhatkan serta-merta, Fahmi Fadzil minta SKMM jalankan siasatan

Susulan itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin sehingga siasatan kes itu selesai.

Pihak Era FM termasuk ketiga-tiga penyampai berkenaan juga sudah membuat permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik di semua sosial media rasmi stesen berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top