TIADAmakanan yang lebih mengenyangkan dan menenangkan selain hidangan air tangan ibu sendiri.
Bagi kebanyakan individu, masakan ibu bukan sekadar hidangan di atas meja tetapi simbol kasih sayang dan pengorbanan.
Namun, berbeza pula situasi dialami seorang wanitayang kurang senang dengan sikap bapa keranasering mengkritik masakan ibunya.
Seorang isteri pastiterasa hati sekiranya masakan dikritik pasangan. -Gambar hiasan
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan kerana bapanyaterlalu cerewet terhadap masakan ibunya.
“Ayah aku ni suka sangat komen mak masak tak sedap. Aku pula geram bila selalu dengar dia cakap macam tu. Suruh (ayah) masak sendiri, senyap pula,” tulisnya.
Lebih membuatkan diaberasa tidak puas hati, bapanya sendiri bukanlah seorang yang pandai memasak tetapi ‘rancak’ mengkritik dan memberikomen negatif terhadap masakan isteri.
ARTIKEL BERKAITAN:Makanan tak sedap… Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’
ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu tamak, ambil ‘food’ membukit tapi tak habis! Ramai setuju tuan rumah ‘catu’ lauk, dessert kenduri
Wanita itu turut berseloroh dengan menyatakanbapanya mungkin mengalami masalah deria rasa kerana terlalu kerap mengkritikmakanan dimasak isterinya tidak sedap.
“Masak mi segerapun tak reti, lagi hebat cucu dari tok wannya. Itu pun lagi mahu komen isteri masak.
“Ayah saya rasa macam dah meratib di bibir tu ‘tak sedap’. Kadang-kadang saya cakap juga, lain kali gosok gigi tu gosok lidah lama-lama sikit, baru deria rasa okay,” tambahnya lagi.
Serabutlah orang jenis suka membazir tak habis makan atas alasan makanan tak sedap.
NETIZEN
Dalam pada itu dia turut bimbang sekiranya ibunya mogok atau mengambil keputusan untuk ‘gantung kuali’ menyebabkan merekasekeluarga sukar untuk menikmati hidangan enak.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut tidak bersetuju dengan sikap bapanya.
Warga maya turut menegaskan bahawa seseorang itu sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan terutama oleh ahli keluarga sendiri,bukannya merungut tanpa alasan munasabah.
Komen netizen di media sosial.
“Tak sedap, makan sikit. Sedap, makan lebih. Nak sedap lagi, masak je sendiri. Ayat tu selalu saya guna. Nak kompelin orang dah susah payah masak untuk awak, feedback macam tu awak bagi.
“Makan je la. Mulut jangan banyak bunyi. Serabutlah orang jenis suka membazir tak habis makan atas alasan makanan tak sedap. Makanan tak sedap pun telan jelah. Lainlah kalau makanan tu basi,” komen netizen.