TUGAS wanita paling mulia adalah menjadi suri rumah sepenuh masa.
Mereka menjaga anak, membersihkan rumah, menyiapkan makan pakai suami dan anak-anak sekali gus memastikan rumah tangga terurus serta harmoni.
Pendek kata, suri rumah bekerja tanpa henti malah tiada cuti, yang semestinya sangat memenatkan.
Walaupun ramai memandang mulia peranan seorang suri rumah,terdapat juga kelompok yang berfikiran negatif dengan menganggap merekatidak pandai berdikari dan perlu bergantung hidup dengan suami.
Di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kaum sejenis mengeluarkan kata-kata menghina golongan suri rumah.
Pengorbanan suri rumah kadang kala tidak dihargai. -Gambar hiasan
Baginya, wanita harus saling menyokong wanita dan bukan memandang serong golongan yang tidak bekerjaya.
“Kenapa ibu-ibu yang bekerja suka perli-perli suri rumah macam kita? Macam kita gunaduit laki (suami) dia, padahal laki aku okay je aku tak kerja,” luahnya di media sosial.
Wanita itu turut membuat perbandingan tugas dengan menyatakan suri rumah lebih cenderung mengalami keletihanberbanding mereka yang berkerjaya.
“Suri rumah lagi penat tau tak, dengan anak aku hyper (aktif). Tak boleh ke jadiwoman yang support woman(wanita menyokong wanita). Ya engkau je terpaling berkerjaya, kerja dan tak harap duit laki,” katanya sinis.
ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah tersakiti meluat rakan-rakan suami datang rumah borak hal pejabat, konon merekalah ‘terpaling’ bekerja!
ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sanggup bayar lumayan siapa sudi jadi kawan, letih 3 tahun ‘kerja’ tanpa cuti – “Anak panggil pun rasa penat”
Wanita berkenaan memaklumkan, apa yang lebih mengecewakan apabila sindiran itu dibuat oleh individuyang rapat dengannya.
“Terasa lah kan sebab kalau rapat patutnya kena support each other. Ikutkan hidup dia lagi mewah dari saya tetapi tak perlu cakap dekat saya macam tu. Saya duduk rumah pun penat bukan tak penat langsung,” jelasnya.
Dia turut menegaskan luahannya itu bukan berhasrat merendah-rendahkan golongan wanita bekerjaya, sebaliknya mahu memberikesedaran bahawa setiap individu sudah ditetapkan rezeki dalam kehidupan masing-masing.
Reaksi warga maya
“Rezeki kita Allah dah tulis masing-masing tetapi nak jugacakap benda yang menyakitkan hati. Saya pun teringin nak kerja sebenarnya tapi mungkin rezeki saya Allah bagi macam ni,” katanya.
Sementara itu, warga maya menyokong pandangan suri rumah berkenaan dan beranggapan golongan yang memandang rendah wanita tidak bekerja sebagai tidak prihatin dan tidak memahami tanggungjawab yang dipikul mereka.
“Saya pernah kena, ayatnya ‘kesian kan awak tak adaduit sendiri. Nak apa-apa untuk diri sendiri semua kena tunggu laki bagi duit’.
“Beberapa kali jugakena ayat sebegini tetapi waktu yang berlainan dan yang bercakap tu adalah di kalangan ahli keluarga juga,” kata warga maya.
Saya hormat suri rumah sebab saya pernah rasa macam mana tekanannya, belum lagi hadap mulut orang.
NETIZEN
“Saya pernah jadi suri rumah, sekarang jadi pensyarah. Masa jadi suri rumah memang tiada masa mana nak urus anak urus diri.
“Kalau kerja sekarang ni penat boleh mengopi, saya hormat suri rumah sebab saya pernah rasa macam mana tekanannya, belum lagi hadap mulut orang,” kata seorang lagi warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube