RSS Suria

Mula-mula beria nak bela, lepas kucing beranak pinak terus nak buang! – “Anak saya tak nak dah”

MEMELIHARA haiwan bukanlah sekadar hobi semata-mata, sebaliknya ia perlu datang dengan komitmen dan tanggungjawab.

Haiwan peliharaan seperti kucing misalnya memerlukan perhatian, kasih sayang dan penjagaan yang sempurna agar kebajikannya terjaga dan dapat hidup dalam persekitaran selesa.

Namun tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang berminat untuk memelihara kucing hanya kerana haiwan tersebut comel atau tertarik dengan keletah manjanya sahaja.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pemilik hotel kucing yang turut menjalankan perkhidmatan grooming serta adopsi meluahkan rasa geram dengan sikap seorang individu yang sekadar memelihara si bulus secara hangat-hangat tahi ayam.

Tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan dalam hantaran berkenaan.

Menurutnya, dia dihubungiindividu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan mahu memulangkan kembali kucing yang pernah diadopsi kerana tidak sanggup memeliharanya lagi.

“Hari tu saya ambil kitten dengan sis, kan? Kalau nak hantar balik boleh ke? Anak saya tak nak dah.

“Sebab kucing tuada anak dua ekor. Lepas tu sekarang tengah bunting lagi. Saya kesian pula kalau nak hantardekat mana-mana,” demikian mesej yang dihantar individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu dikhianati keluarga sendiri, tergamak buang 2 kucing kesayangan ketika keluar bekerja

ARTIKEL BERKAITAN:Rakaman CCTV dedah housemate buang kucing kesayangan! Pengesan dicampak dalam tong sampah… Pelajar Malaysia di AS tuntut keadilan

Biarpun geram, pemilik hotel kucing itu akhirnya meminta individu berkenaan memulangkan kucing kepadanya kerana tidak mahu haiwan tersebut hidup di jalanan.

“Kenapa sampai bunting banyak kali? Tak neuter (mandulkan) ? Lepas dah beranak pinak, nak buang pula. Bawa dia balik sini. Jangan bela kucing kalau tak mampu. Jangan aniaya kucing,” tulisnya sebagai jawapan kepada individu berkenaan.

Barannya baca. Dia ingat kucing tu sampah ke? Rasa tak nak, nak buang.

NETIZEN

Tambahnya, situasi tersebut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati sebelum bersetuju memberikan kucing untuk diadopsi kerana dibimbangi kejadian yang sama terus berulang.

“Saya tak kenal akak ni, tak pernah berurusan dengan dia. Saya pun tak pasti kitten mana yang dia adopt daripada saya. Mungkin dia salah orang. Tak kisahlah tapi yang pasti niat dia tu buat saya marah.

“Sebab tu saya filter adopters kucing-kucing rescue saya dengan harapan dapat yang bertanggungjawab, bukan syaitan bertopengkan manusia,” tulisnya.

Antara komen netizen.

Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa marah dengan mereka yang kononnya acah-acah pencinta kucing.

“Ni mesti adopt sebab nak bagi anak main je… jahat.

“Barannya baca. Dia ingat kucing tu sampah ke? Rasa tak nak, nak buang.

“Nak bela kucing, tolonglah ada bajet untuk maintain kucing tu sihat dan neuter awal-awal kalau tak bersedia pelihara kucing yang banyak. Jadi orang yang bertanggungjawab,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top