RSS Suria

Susah cari rumah sewa, semua tak kena dengan jiwa! Ada perabot lengkap, ‘owner’ bagi TV zaman Jepun pula

BUKAN mudah mencari rumah sewa pada harga murah dan paling penting berkenan di hati.

Semakin kita terdesak, bertambahsukar pula pencarian kediaman sewa yang sesuai dengan ‘poket’ dan jiwa.

Pendek kata, walau hanya mencarirumah sewa ia perlu dilakukan dengan teliti ibarat memilih kediaman baharu untuk didiami.

Penyewa baharu perlu membayar sejumlah deposit untuk memasuki rumah sewa. -Gambar hiasan

“Sumpah stres cari rumah kosong ni. Dah larumah dinding cat warna hijau miskin, merah delima, striking blue, teal blue, hijau neon, kuning sekuning-kuningnya.

“Boleh tak, sebelum nak bagi sewa tu, cat balik warna putih ke pastel. Tak ada mood betul nak pergi tengok rumah,” luah eorang individumenerusi satu hantaran di laman X.

Menurut individu tersebut, dia terpaksa mencari rumah sewa baharu memandangkan pemilik kediaman yang disewasekarang mahu menghuni semula unit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut sewa rumah tiba-tiba naik RM400, ejen kata arahan ‘owner’… Penyewa syak taktik kejam nak usir keluar

ARTIKEL BERKAITAN:Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir… Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu

“Kena pindah last minit sebab anak owner tiba-tiba berhenti kerja nak balik kampung. Deposit dapat balik RM1,500.

“Tapi itulah, kalau masuk rumah kena beli barang rumah. Entahlah,” ujarnya mengenai kebanyakan rumah sewa yang dilihat tidak dilengkapi perabot atau keperluan asas.

Tak ada mood betul nak pergi tengok rumah.

PENYEWA

Bukan sekadar rumah teres, katanya, mencari unitdi kediaman bertingkat tinggi seperti pangsapuri turut mencabar.

“Lepas tu flat pula, tingkat atas sekali tapi diberinya TV zaman Jepun yang (bentuk) mengandung ke belakang tu.

“Kerusi rotan, meja kayu, katil hospital pun diletakkan sekali di setiap bilik. Ingat kita tak tahu ke tu katil hospital ke katil normal,” katanya, merujuk perabot-perabot lama di rumah sewa yang dilihatnya.

TV model lama masih menjadi pilihan untuk dekorasi rumah. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, katanya, rumah baharu untuk disewa pula memerlukanbayaran deposit tinggi yang disifatkan tidak masuk akal.

“Deposit bukan main mahal lagi. Dua bulan campur satu bulan campur satu bulan (2 1 1 bulan) tambah lagi dengan utiliti RM500, TA (perjanjian rumah sewa) RM400.

“Tapi rumah sekosong-kosongnya. Ada singki, lampu dengan kipas je. Paling tidak nak letak deposit 2 1 1 1 pun letaklah tikar getah sikit ke, dapur gas dengan tong gas ke peti ais ke.

“Sejuk sikit kita masuk ada benda macam tu. Ni dah lamahal, satu apa pun tak ada,” katanya.

Buntu membuat pilihan, dia mengakui tertekan untuk mendapatkan rumah yang sesuai dengan kadar sewa berpatutan.

“Rumah kosong macam tu. Langsir pun tak ada. lepas tu tak boleh runding. Koyak mat.

“Sudahlah kena bayar deposit mahal, perabot tak ada. Katil tilam tak ada. semua kena beli baharu. Stres la,” luahnya lagi.

Scroll to Top